Hiburan

#OctTwtFest – We Broke The World Record!!!

Okay, sorry kumbang semua, lama gila and lambat gila baru nk update pasal #OctTwtFest. so #OctTwtFest ni berlangsung dgn jayanya walaupun kemungkinan org cakap preparationnya agak lambat, tapi atas kesungguhan ahli komitee #OctTwtFest ni alhamdulillah smuanya berjalan seperti yang dirancang :) .

Percubaan untuk memecahkan rekod dunia sbg event yg mengumpulkan para tweeps teramai sekali secara tak rasminya telah berjaya iaitu dengan 2615 tweeps, berbanding rekod dunia 1935 tweeps. Sekarang ni apa yang tinggal hanyalah beberapa bukti rasmi dalam bentuk gambar dan video yg akan diserahkan dalam minggu ini. So far apa yang nk dikatakan event ini adalah berjaya kerana berjaya menarik ramai org untuk datang tidak ketinggalan juga ramai juga artis turut serta.

Antara artis yang hadir ialah Lisa Surihani, Maria Farida, Miss Fazura, Intan Ladyana, Ainul Aishah, Dynas, Fouziah Ghaus, Natasha Hudson dan lain lain lagi. Antara artis2 yang turut sama membuat persembahan pada hari tersebut ialah One Nation Emcees, Altimet, Joe Flizzow, Fazley Yaacob, Imran Ajmain, Phlowtron,dan ramai lagi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ketika event itu adalah Karaoke, movie marathon, PES competition, card game, board game, traditional game, and also the bazaar. Enjoy the pics ok :P THANKS DIGI :) for more pics pls go to OB FhotoDesign

 

 

 

 

 

 

 

Tapak-tapak yang menapak

Weekend lepas memang antara yg padat, padat macam sardin, macam LRT atau komuter di saat semua nak balik kerja. Bermula Khamis malam, walaupun khamis belum lagi weekend tapi disitulah bermulanya hujung minggu paling letih. Khamis event special, emergency tapi jenis tak kisah punya untuk bagi peluang Suiko a.k.a Venopian Solitude untuk membiasakan diri dengan crowd, well macam biasa untuk sesuatu yang pertama kali dilakukan nerves dan macam-macam perasaan tu pasti akan menikam-nikam diri. Kalaulah aku kat depan tu, konfem aku tak terkata apa bak kata orang speechless, bravo suiko! Thanks to jijul and trish yang memujuk suiko untuk memberanikan diri :)

 

Jumaatnya pula aku follow Wani Ardy untuk perform dekat Laila’s Lounge, tapi sebelum itu kena tolong wani siapkan EP versi baru dia “Meanwhile : Short&Sweat” dan pada hari performance Jumaat tu, berjaya siapkan sebanyak 25keping CD. Ini first time aku sampai kat Laila;s Lounge ni, tempat n decorations dia memang awesome, kat luar plak menghadap Tasik Kelana Jaya tu so + double aweseome kat situ. Owner Laila’s Lounge ni kalau tak silap namanya Juliet, peramah dan sungguh terer membuatkan para performer tenang menunggu. Then malam tu memang semua yang perform awesome-awesome semua ada ashraf ishak, Azrul dan lain-lain. Sekarang ni pulak, “Meanwhile : 21 Secrets” da siap burn tinggal nak siapkan cover cd je ni, then pastu bolelah pos kepada sesiapa yang tak dapat lagi masa order “Meanwhile” memula tu.

 

Sabtu tu pulak,sepanjang hari kat rumah je rehat kononnya, then malam tu bergerak ke Shah Alam sebab nak join team Akar Shah Alam. Malam tu sempena Hari Air Sedunia : Peringkat Negeri Selangor” , Akar diberi slot selama setengah jam untuk membuat persembahan, dan malam tu Azreel Azhar, Acid Hadi dan Kerusi Sepi berganding bahu melaksanakan tugas. Oh tak lupa juga kami diketuai Cici selaku ketua komuniti Akar hari tu. Persembahan semua berjalan lancar walaupun tiadanya kabel untuk gitar dan lain-lain. Rancangan awal hendak ke pentas terpaksa dibatalkan kerana event tu habis lewat dari yang dijangkakan, dan kami tersadai di Night Circle kedai makan yang selalu kami lepak.

Ahadnya pula, pada petangnya aku menyertai SA City untuk melihat perlawan bolasepak 11 sebelah antara SA City vs Politeknik (kalau tak salah aku). Selepas itu terus ke aktiviti malam di KL. So, kita tengok plak minggu ni macamana ok!

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes