Hiburan

bio1.jpg

Bionic Woman

bio1.jpg

Semalam aku menyaksikan satu lagi tv siri yang aku rasa bakal popular, mungkin tajuk “Bionic Woman” sudah biasa disebut dan didengar. Siri tv “The Bionic Woman” yang digarap dari “The Six Million Dollar Mandisiarkan pada 1976, yang pada awalnya Lindsay Wagner berlakon sebagai “Jaime Sommers” watak utama dalam cerita ini. Ketika ini watak utamanya merupakan seorang pemain tennis professional yang terlibat dalam satu kemalangan yang hampir membunuh ketika sky diving.

Kini siri baru “The Bionic Woman” (2007) , masih menggunakan watak Jaime Sommers (Michelle Ryan) tetapi bukan seorang pemain tennis hanya seorang bartender yang bersusah payah menyara adik perempuannya. Jaime bercinta dengan seorang pensyarah biotek Will Anthros (Chris Bowers) yang juga merupakan doktor yang terlibat dengan satu ujikaji tentera mengenai biotek.

More >

pb1.jpg

Pecah penjara

pb1.jpg

Assalamualaikum,

Hahha…Pecah Penjara ataupun “Prison Break” untuk musim ke-3 telah kembali. Aku menyedarinya semalam pagi walaupun kata kawan aku, telah berada di torrent sejak petang 18/9/2007. Walaubagaimana pun aku telah berjaya mendonlod episod 1 bagi musim ke-3 ini dengan cepat juga, terima kasih kepada BolehVpn dan Mininova. Kepada sesiapa yang tidak pernah melihat tv siri ini aku ceritakan sedikit sebanyak tentang Prison Break musim 1 dan musim ke-2.

Musim pertama, sejak awal kemunculan Tv siri ini aku menyedarinya dari website TheTruthSpy.com yang menyediakan direct download siri ini. Ceritanya mengisahkan 2 adek beradek yang mempunyai karakter yang berbeza. Si abang, Lincoln Burrows (Dominic Purcell) sering terlibat dengan gejala-gelaja yang tidak baik, sedangkan si adik merupakan arkitek yang mempunyai IQ yang agak tinggi. Cerita ini bermula ketika abang ditangkap atas tuduhan membunuh abang kepada Timbalan Presiden AS, yang sebenarnya hanya konspirasi yang dikenali sebagai “The Company”. Ketika ini si adik, Michael Scofield merasakan tidak ada jalan halal lain untuk melepaskan abangnya dari hukuman bunuh selain membantunya melarikan diri dari penjara.

Dengan persiapan berbulan-bulan, memikirkan strategi untuk keluar dari penjara yang mempunyai kawalan yang sungguh ketat Scofield pon merancang untuk masuk penjara yang sama dengan abangnya. Musim pertama ini, dipenuhi dengan bagaimana Scofield merancang secara perlahan-lahan untuk melarikan diri bersama abangnya.Bagi musim kedua pula, lebih menceritakan mereka setelah berjaya melepaskan diri dari penjara itu. Kehidupan mereka sebagai pelarian serta pencarian mereka untuk mengumpul bukti konspirasi politik kerajaan AS ini.

Di akhir musim kedua ini, abangnya didapati tidak bersalah tetapi Scofield pula dipenjarakan di Sona setelah diperangkap oleh “The Company”. Sona (ilham dari Carandiru Prison di Brazil) bukan seperti penjara-penjara biasa, dimana pembunuhan seringkali berlaku antara penghuni yang menyebabkan semua warden penjara meninggalkan penjara ini. Ini menyebabkan penjara ini dikuasai oleh Raja Dadah bernama Lechero yang mewujudkan undang-undang sendiri. Kemudian Michael sedar tujuan dia di penjarakan di Sona adalah untuk merancang dan menjayakan satu lagi “Prison Break” di Sona bagi melarikan seorang penghuni misteri di Sona, Whistler.

Korang donlod aa sendiri lagi syok dari baca yang aku tengok…ahahah…

Prison Break memang Kool!!!

puasa1.jpg

Puasa 2007

 puasa1.jpg

Puasa telah menjangkau hari yang ke lima, dan sejak itu juga aku tak ada entry baru. Hehehe puasa entry kot, kebelakangan ini aku sedikit sibuk dengan pelbagai persiapan untuk projek baru dan seperti tiada mood dan juga masa.  Terlebih dahulu al-fatihah kepada arwah mak kawan aku yang baru meninggal dunia kira-kira pukul 2 pg 16/9/2007. Al-Fatihah….

Terasa bulan Ramadhan kali ini berlalu agak cepat dengan cuaca yang tak berapa panas alhamdulillah. Projek yang menanti aku yang paling utama ialah Projek Wisma Felda, kemudian 550 cams dan 200 cams. Ni semua kod-kod rahsia projek-projek yang “Private & Confidential” (PNC) sulit dan persendirian. Kerja aku pula semakin hilang arah, tak terurus kelam-kabut, dan aku salahkan pengurusan kerana membebankan beberapa projek besar pada aku. Tapi aku merasakan yang itu semua alasan semata-mata dan aku boleh lakukan walaupon aku tertekan. Cuma pada masa sekarang, penyakit lama aku kembali menyerang : MALAS. Hahaha… asyik cerita pasal kerja saja. Oh..sebelum itu,  Jumaat lepas MohdIsmail pulang ke kampung, dan masa itu barulah aku tahu aku sekampung dengan MohdIsmail iaitu daerah Sungai Besar, so raya nnti aku datang ek Ismail.

Aku nak kongsi dengan semua pen”Torrent” semua, supaya sama-sama menghayati lagu yang aku layan sejak 2 minggu lepas, iaitu selepas aku melayan High School Musical 1 + 2, OST High School Musical 2, lagu remaja yang aku layan memandangkan aku pun masih muda remaj, Gila-gila remaja. Lagunya kebanyakkan bergenrekan pop dan semuanya menarik aku sukakan lagu Gabriella+Troy – Everyday. Lagi feeling kalau korang semua tengok cerita ini baru layan lagu.  Nanti aku kongsikan bersama rumusan cerita High School Musical ini. Aku dambakan pelukan Vanessa Anne Hudgens serta suara sedapnya

High School Musical memang KOOL!

puasa2.jpg

Kemalasan…



SpeSIAL lak rasanyer ari nih, sebabnya kemalasan aku mengupdate blog ni semakin menjadi-jadi sehinggalah adanya rekues/permintaan supaya blog ini dihapdet sebelum ianya di buang dalam tong sampah. Hahahaha… jadinya malam yang sunyi ini, tanpa iringan lagu-laguan halwa telinga aku pon menghapdet ala-ala malasan peringkat tenuk menghirup eskrem. So sesiapa yang menunggu kehadiran gambar-gambar jauh dari pangkor itu di blog ini, boleh mulakan melupakannya sebabnya aku malas nk hapdet and upload gambar tu kat sini. Walaubagaimanapon, berterimakasihlah pada Flickr dan incik Beck atas bantuan membendung amalan malas aku dengan memperkenalkan software Flickr untuk upload gambar secara besar-besaran. So sesiapa berminat nak tengok keindahan Pangkor ataupon kehebatan aku dalam memfotografi sila ke MyFlickr.

Kemudiannya, aktiviti mingguan yang menarik pada minggu lepas : -

Rabu, 25th July 2007 @ 9.30pm – Bowling bersama Sh4q + Sarah Aqilah (nice to meet u).

Sabtu, 28th July 2007 @ 9.30am – Setia Alam, kerja memasang + setup CCTV (CIMB Bank)

Sabtu, 28th July 2007 @ 3.30pm – Cubaan dating terancang bersama kawan-kawan rapat.

Sabtu, 28th July 2007 @ 10.30pm – Putrajaya (temankan membe)

Ahad, 29th July 2007 @ 12.01pm – Shaw Centre Point, Klang – temankan member + Brunch(Breakfast + Lunch)

sekian dahulu…gambar lain nanti….

p/s – gambar baru ditambah …pangkor..!!!

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes