Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Hiburan
Puasa 2007
Sep 17th

Puasa telah menjangkau hari yang ke lima, dan sejak itu juga aku tak ada entry baru. Hehehe puasa entry kot, kebelakangan ini aku sedikit sibuk dengan pelbagai persiapan untuk projek baru dan seperti tiada mood dan juga masa. Terlebih dahulu al-fatihah kepada arwah mak kawan aku yang baru meninggal dunia kira-kira pukul 2 pg 16/9/2007. Al-Fatihah….
Terasa bulan Ramadhan kali ini berlalu agak cepat dengan cuaca yang tak berapa panas alhamdulillah. Projek yang menanti aku yang paling utama ialah Projek Wisma Felda, kemudian 550 cams dan 200 cams. Ni semua kod-kod rahsia projek-projek yang “Private & Confidential” (PNC) sulit dan persendirian. Kerja aku pula semakin hilang arah, tak terurus kelam-kabut, dan aku salahkan pengurusan kerana membebankan beberapa projek besar pada aku. Tapi aku merasakan yang itu semua alasan semata-mata dan aku boleh lakukan walaupon aku tertekan. Cuma pada masa sekarang, penyakit lama aku kembali menyerang : MALAS. Hahaha… asyik cerita pasal kerja saja. Oh..sebelum itu, Jumaat lepas MohdIsmail pulang ke kampung, dan masa itu barulah aku tahu aku sekampung dengan MohdIsmail iaitu daerah Sungai Besar, so raya nnti aku datang ek Ismail.
Aku nak kongsi dengan semua pen”Torrent” semua, supaya sama-sama menghayati lagu yang aku layan sejak 2 minggu lepas, iaitu selepas aku melayan High School Musical 1 + 2, OST High School Musical 2, lagu remaja yang aku layan memandangkan aku pun masih muda remaj, Gila-gila remaja. Lagunya kebanyakkan bergenrekan pop dan semuanya menarik aku sukakan lagu Gabriella+Troy – Everyday. Lagi feeling kalau korang semua tengok cerita ini baru layan lagu. Nanti aku kongsikan bersama rumusan cerita High School Musical ini. Aku dambakan pelukan Vanessa Anne Hudgens serta suara sedapnya
High School Musical memang KOOL!

Kemalasan…
Jul 30th


SpeSIAL lak rasanyer ari nih, sebabnya kemalasan aku mengupdate blog ni semakin menjadi-jadi sehinggalah adanya rekues/permintaan supaya blog ini dihapdet sebelum ianya di buang dalam tong sampah. Hahahaha… jadinya malam yang sunyi ini, tanpa iringan lagu-laguan halwa telinga aku pon menghapdet ala-ala malasan peringkat tenuk menghirup eskrem. So sesiapa yang menunggu kehadiran gambar-gambar jauh dari pangkor itu di blog ini, boleh mulakan melupakannya sebabnya aku malas nk hapdet and upload gambar tu kat sini. Walaubagaimanapon, berterimakasihlah pada Flickr dan incik Beck atas bantuan membendung amalan malas aku dengan memperkenalkan software Flickr untuk upload gambar secara besar-besaran. So sesiapa berminat nak tengok keindahan Pangkor ataupon kehebatan aku dalam memfotografi sila ke MyFlickr.
Rabu, 25th July 2007 @ 9.30pm – Bowling bersama Sh4q + Sarah Aqilah (nice to meet u).
Sabtu, 28th July 2007 @ 9.30am – Setia Alam, kerja memasang + setup CCTV (CIMB Bank)
Sabtu, 28th July 2007 @ 3.30pm – Cubaan dating terancang bersama kawan-kawan rapat.
Sabtu, 28th July 2007 @ 10.30pm – Putrajaya (temankan membe)
Ahad, 29th July 2007 @ 12.01pm – Shaw Centre Point, Klang – temankan member + Brunch(Breakfast + Lunch)
sekian dahulu…gambar lain nanti….
p/s – gambar baru ditambah …pangkor..!!!
Yo…it’s me!!!
Jul 23rd

Lama dah blog ni tak dihapdet…mungkin sedikit kecewa ngan para pelawat disini… hahah…aku perlukan sesuatu untuk teruskan perjuanganku di blog ini… Sedikit sokongan kawan2…ahah skrg ni aku asek memikirkan duit yg aku akan dpt dari blog nih… sejak aku taruk iklan advertlets tapi skrg ni aku tgk sejak…2 minggu lepas…pendapatan aku baru RM0.56 ..hahah.. aku perlukan income yg lebih lagik..ahahha… tp aku risau dalam usha nk menaikkan rating dan pelawat2 kt blog aku ni…mungkin isi kandungan blog ini akan berubah menjadi bukan “diri aku sendri” …maksudnya bukan kata2 hati aku…lebih kepada “copy paste” artikel2 yg menarek…sbb aku melihat kebanyakkan yang popular tuh…lebih kepada “copy paste”then …ujudlaa satu entry yg menarek…
oke aa lupakan semua tuh…malam tadi aku baru kembali dari Pangkor… Sungguh menarek Company trip nih….hampir 300MB gamba yg sungguh high quality (bg kamera aku) …akan aku kongsai bersama2 korang nnti..begitu juga aktivit2 kami..!!!
Preview : Turistas
Jul 10th

Yo..aku nak buka ruangan baru kat blog aku, asik cite pasal diri aku, kerja aku, hobi aku…skrg aku masukkan ruangan Filem & Muzik ..ahahah preview ape sahaja yang aku tengok..so korang semua bolehla berkongsi filem2 yang menarek dan tidak bagi aku laa…kita mulakan dengan Filem “Turistas” .
Turitas ni secara amnya aku mmg tak tau ape maksudnya,tapi menurut Wikipedia “Turistas (translates as ‘Tourists’ in English)” sofilem ni sedikit sebanyak jalan ceritanya seperti cerita “Hostel” kalau korang pernah tengok so korang akan paham secara automatiknya sedikit sebnyaknye aa.. So kisah bermula dari sekumpulan kawan melancong ke Brazil dimana dipertengahan jalannya bas mereka rosak. Dalam pada masa itu mereka terjumpa sebuah bar di tepi pantai dan pasa awalnya semuanya seolah tiada apa yang pelik. Sehinggalah mereka dirompak setelah dipengsankan mereka berusaha untuk mencari jalan untuk ke bandar utama. Namun dalam pencarian itu mereka sebenarnya telah terjebak dalam satu sindiket menjual organ manusia. Dapatkan mereka melepaskan diri dari sindiket ini, silalah email aku untuk mendapatkan copy cerita ini.:D
Secara amnya aku klasifikasikan filem ini 18SG sebab anda akan nampak pembedahan hidup2 dalam usaha mendapatkan organ2 dalaman mangsa2 ini. Mereka hanya dibius separa sedar dan mangsa dibiarkan mati kehilangan darah dan organ…huhu..kijam seh…miahahaha…
enjoy!!!
Komen Terkini