Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Hobi
KLue Urbanscapes 2008
Jun 25th
Disaat post ini dikarang, countdown untuk urbanscapes ialah “03 Days, 12 Hours, 08 Minutes, 38 Seconds“yang akan berlansung pada Sabtu ini 28 Jun 2008 pukul 1pm. Esok cadangnya di waktu tengahari aku akan ke Jalan Bukit Bintang, KLue opis untuk mengambil 2 tiket complimentary atas sumbangan aku ke atas Projek 24HourKL. Akan bertemu Buttet dan Buntalshoot disana insyaAllah bersama-sama menyerbu opis KLue untuk tiket yang berharga lebih RM50 itu.
Ahad lepas aku ke GTJapan untuk pertama kalinya, dan juga pertama kalinya memasuki Sepang International Circuit (SIC). Sedikit teruja kerana awal-awal lagi telah membayangkan GT Babes / GT Queen yang kawaii. Sungguh HOT GTJapan walaupun cuaca mendung-mendung terik sedikit. Kali ini dengan kehebatan jentera-jentera yang sungguh laju teknik panning digunakan secara berleluasa untuk pertama kalinya. ‘Panning’ menurut Wikipedia :-
Panning refers to the horizontal movement or rotation of a film or video camera, or the scanning of a subject horizontally on video or a display device. Panning a camera results in a motion similar to that of someone shaking their head “no”.
Terjemahan : merujuk pada gerakan horizontal/melintang filem ataupun kamera video, atau pon mengimbas subjek secara horizontal/melintang pada video (Kamera). Secara ringkasnya teknik panning ni menurut pahaman aku, seorang fotographer amatur, gerakan kamera yang mengikut objek/subjek yang bergerak secara selari.
Sumber : Wikipedia.org
Sila ke FLICKRKU.

Hari ini …
May 29th

Aku masih bizi seperti biasa, tengah dalam proses menyiapkan kerja-kerja fhotoku yang tertangguh. 2 event lepas iaitu persandingan Helmi + Tirah dan pertunangan Judo + Hanie. Maaf ek kepada klien-klienku atas kelewatan ini. Judo, sorry ek lambat sedikit…InsyaAllah minggu depan akan di hantar ke tuannya. Helmi, kau juga…dan kawan-kawan lain yang menanti fhoto-fhoto persandingan Helmi + Tirah dan pertunangan Judo + Hanie diharap bersabar.
Dalam masa itu, aku juga masih sempat menyiapkan galeri FotoDesign, terima kasih pada PixelPost kerana menyediakan CMS yang menarik walaupun tidak secanggih Flickrku itu.
Hilang Di Hujung Minggu
May 26th


Yosh, tender ketama sudah selesai, walaupun aku tidak terlibat secara langsung dan direct dengan tender ini tapi ini tender pertama sejak yg terakhir. Wah… ayat pon sudah berbelit-belit.. Dah lama aku tak berkeletah disini secara berpanjangan. Semua entry aku kebelakangan ini hanya entry yang pendek berserta fhoto yang sedikit sebanyak mengkaver penulisan aku yang semakin ketandusan idea. Sebabnya dulu aku sering mencoretkan perkara-perkara berkaitan diri aku yang dalam blog aku ini. Sekarang aku hanya mencoretkan perkara-perkara kecil, peristiwa yang aku lalui sehari-hari. Bukannya rintihan atau pun luahan hidupku.
3 minggu ini adalah antara minggu aku yang paling sebuk tetapi sangat bererti. Phototravel ke Tumpat merupakan satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Bertemu dengan beberapa member baru yang boleh dikatakan serasi da sekepala dan juga sekamera. Diharapkan mereka-mereka ini akan sentiasa berhubung dan berterusan berkongsi ilmu bersama aku yang lemah dan pemalas ini. Photostreet baru-baru ini juga membuka lembaran baru kerana inilah photostreet pertama aku. Sedikit sebanyak gelagat warga kota dapat dirakamkan sempena 24hrsKL. Terima kasih cikgu disiplin encik bun atas segala tunjuk ajar dan belanja makan itu.
Fhoto sekitar diatas di sekitar Tumpat
Edisi 28 – Hawa
Feb 13th

Adam diberi tempat oleh Allah di surga dan baginya diciptakan HAWA untuk mendampingi, menjadi teman hidup, menghilangkan rasa kesepian, dan melengkapi fitrahnya untuk menghasilkan keturunan. Menurut cerita para ulama, HAWA diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam sebelah kiri sewaktu beliau masih tidur sehingga saat beliau terjaga, Hawa sudah berada di sampingnya.
HAWA secara amnya merujuk kepada wanita, perempuan pasangan hidup lelaki. Kaum yang penuh dengan sopan santun dan lemah lembutnya. Tema kali ini memilih HAWA, suatu ciptaan indah Allah(Tuhan) sebagai penghargaan sumbangannya dalam hidup para lelaki ataupun kaum ADAM. Jadi sila hasilkan fhoto yang sekreatif mungkin bagi menunjukkan penghargaan anda, jangan submit fhoto-fhoto yang tipikal, maksudnya fhoto yang terlalu biasa dari segi angle, perspektif dsb.
SYARAT DAN REGULASI…
1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Pastikan perkataan “HAWA” disertakan di dalam fhoto.
3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “HAWA”.
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com
p/s – Kali ni tema yang agak menarik, sesiapa yang ingin turut serta sila ke PERSETANKAN dan poster ilham dari baliomega

Komen Terkini