Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Hobi
PhotoHunting Tamat.
Feb 10th
Minggu lepas 2hb Febuari hingga 3hb Febuari 2008, buat julung-julung kalinya aku menyertai Photohunting di Kuala Selangor. Output dan input yang menarik dan amat berharga. Dan yang paling penting aku dapat kenal ramai kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama dan betul-betul frenly.
Happy Chinese New Year utk sesiapa yang merayakannya, dan sesiapa baik hati silalah memberikan aku ang pau. Sila nikmati fhoto-fhoto sekitar photohunting tersebut.









Muzium Adat @ Jelebu
Feb 3rd
Sekitar lawatan kerja aku di Jelebu, Muzium Adat yang dirasmikan padan 2hb Febuari 2008. Ketika ini proses penyiapan dan persediaan untuk perasmian sedang giat dilakukan. Sesiapa yang senang-senang bolehlah engunjungi muzium ini. Pelbagai adat-adat setiap bangsa di Malaysia dipamerkan disini. Enjoy the pictures.







Aku tanpa apa-apa.
Jan 31st

Selepas aktiviti beriadah di Batu Caves pada Thaipusam lepas, hujung minggu aku sepi tanpa aktiviti untuk berdating bersama erica. Kosong rasanya hujung-hujung minggu tanpa dating dengan erica. Sabtu kerja separuh hari, rancangan awalnya ke MCPA ada BINGIT atau mau ke Bowling tournament FMDC kt Alamanda. Namun akhirnya kedua-duanya tidak berlaku. Hanya berbariing letih diatas tilam, berguling-guling sambil menonton korea drama.
Oh ya, filem arahan sulung Hans Isaac CUCI telah menCUCI pawagam dan malam Jumaat itu aku dan rakan-rakan ke Sunway Pyramid untuk menonton, dengan beberapa halangan yang aku harungi untuk mendapatkan seat untuk 6 orang, akhirnya semua itu sia-sia. Masuk panggung, baru 15-20 minit gear gelak aku baru jek nak start tetiba blup!!! Gelap, dan kira-kira 5 minit pastu ada staff TGV beritahu untuk refund tiket atau nak tengok cerita lain kat panggung lain. Gila hape, sudah dekat 30 minit berlangsung, konfem susah nk dapat 6 seat dan filem-filem lain semestinya sudah start. Kesimpulannya dengan menyumpah dan rasa tidak puas hati kami bergerak ke kaunter untuk refund. F**K!!!.
Sudahnya Ahad, aku bertidak luar kawal ingin menjayakan agenda yang terbantut, menonton CUCI. Atas tidakan luar kawal, aku asalnya ingin menonton seorang diri, namun tiba-tiba aini jasmine ingin juga menonton, tetapi filem lain. SWEENEY TODD, A DEMON BARBER IN FLEET STREET. Melihatkan filem itu termasuk dalam list mesti tengok, aku pon bersetuju dan jasmine bermurah hati untuk menjeput shaq. Kesimpulannya aku keluar ke Sunway Pyramid bersama erica (aku janji nk belikan aksessori) dan menonton serta melantak di HART CHICKEN BUFFET. Akhirnya mereka pulang, aku menonton CUCI seorang diri. HAHAHAHAHAH….. best.
Klik (more..) untuk lebih gambar!
Sehari di Batu Caves.
Jan 28th

Tahun ni pertama kalinya aku menjejakkan kaki di Batu Caves sempena Thaipusam. Tujuan aku ke sini adalah untuk berdating bersama erica seperti biasa aktiviti di hujung minggu. Aku kali ni bertemankan Mr Takky dan rakan-rakan kecinya, Arm dan Ocham. First time aku jumpa dengan rakan-rakan takky ini. Setelah beberapa minit, ternyata diorg ni sama kepala. GILA-GILA. Aku lepak malam hari itu di rumah kawan baik aku di Pinggiran Batu Caves, taklah jauh sangat aku hendak ke tempat kejadian. Pukul 1pg mlm tu aku gerak ke batu caves, dan kelihatan memang sudah ramai orang di sini.
Malam kejadian aku tidur lewat, kira-kira pukul 3-4 pagi, kemudian pukul 6 pagi sudah terjaga kerana sudah berjanji dengan Mr Takky n da geng untuk bergerak ke kawasan litupan pukul 6-7pagi. Setelah bersarapan kami bergerak ke tempat kejadian, dan kelihatan sudah ramai orang di kawasan itu. Ramai juga fotog yang hadir tanpa memikirkan khabar-khabar angin yang sedikit sebanyak meresahkan semua orang.
Komen Terkini