Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Hobi
EOM : Mata Malaysia.
Jan 4th

Ahad tahun lepas, aku tak ingat sangatlah berapa haribulan, mungkin 23hb Disember 2007 aku merancang untuk ‘fhotoshoot’ bersama beberapa orang kawan-kawan dari Persetankan.com. Lokasi yang dipilih ialah Taman Tasik Titiwangsa dan Eye on Malaysia. Tujuan utama kami tentulah Eye On Malaysia kerana menyangkakan ianya akan dibuka pada akhir tahun ini (2007). Namun setelah ke sana, baru kami menyedari EOM di lanjutkan tempohnya sehingga Ogos 2008. Mungkin kerana permintaan yang luarbiasa atau masih belum dapat meng’cover’ kos peminjaman EOM.
Fhotoshoot kali ini disertai oleh aku, Mail, Catzer, Chot yang seorang pon tidak pernah ke taman ini dan Mr Takky yang menyertai kami di Taman Tasik Tititwangsa. Setibanya di sana, kira-kira pukul 1-2 petang dengan matahari yang tidak segan silunya memancarkan kepanasan tidak menghalang minat kami ini malah kami gembira dengan keadaan cuaca ini. Setelah ‘warming up’ di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dengan beberapa shoot dan chot sudah memulakan ‘sharpshooter’ dengan lens 70-300mm. Kemudian beberapa aksi lompatan di udara panas oleh catz telahh tersnap didalam setiap DSLR.
Kemudian RM15 dilaburkan untuk mendapatkan tempat di dalam gondola (EOM) ini. Aku lihat ada VIP gondola yang berharga RM200. Tak tahulah apa yang istimewa dalam gondola vip ini, sesiapa yang tahu bolehlah berkongsi-kongsi dengan kami. Dengan RM15, kami dapat 6 pusingan yang sememangnya tidak memuaskan hati seolah-olah terlalu pantas setiap pusingan itu. Setelah selesai, kami berhasrat untuk kembali ke sini pada waktu malam, semestinya banyak perkara-perkara menarik yang dapat dirakamkan diwaktu malam berbanding siang hari.
Yos, Cuti-cuti malaysia.
Mari melawat Melaka.
Jan 2nd

Pada 22hb Disember 2007, aku bersama-sama rakan-rakan rapat aku, bergerak ke Melaka untuk menghadiri majlis pertunangan seorang rakan aku semasa di Universiti, rakan satu jurusan. Kami bergerak awal pagi kerana menjangkakan majlis itu akan berlangsung pada awal-awal pagi lagi, namun akhirnya setelah tiba baru kami mengetahui ianya akan berlangsung pada pukul 2 petang.
Kesimpulanya kami, memutuskan untuk berjalan-jalan makan angin di sekitar Melaka dan kembali ke Masjid Tanah semula kira-kira pukul 2 petang. Sangkaan awal kami, Masjid Tanah ke Bandar Melaka sekitar 10-20 minit namun sangkaan kami ternyata meleset kerana hampir 40-50 minit perjalanan itu. Kami sempat melihat Melaka Raya yang hampir ditutup sepenuhnya, katanya ditutup kerana tidak mampu menyaingi Mahkota Parade.
Majlis berlangsung agak lewat sedikit kerana pihak lelaki lambat sampai ke destinasi, dan aku sempat mengambil gambar rakan aku yang bertunang Aida Abas (ada 3 aida dalam satu kelas aku). Sempat juga aku mensnap fhoto-fhoto hantaran dari pihak perempuan dan aku lihat majlis pertunangan ini diadakan agak besar juga kerana disertai majlis kenduri kesyukuran. Tidak berapa lama kemudian pihak lelaki sampai dan tujuan telah berjaya dicapai.
Setelah selesai, kami kembali semula ke bandar, seingat aku kali terakhir aku ke Melaka untuk tujuan melancong adalah ketika aku di tingkatan 3, dan kini aku kembali ingin melawat kawasan-kawasan bersejarah Melaka dengan minda yang lebih matang dan mampu menghargai setiap khazanah peninggalan sejarah. Tempat pertama yang aku lawat adalah Taman Buaya, dimana aku sebenarnya tertarik dengan Rumah Sesat yang pernah aku lawati sebelum ini. Namun segalanya banyak berubah, tiket masuk berharga RM5 dan didalam Taman Buaya itu apa yang ada hanya buaya. Sesungguhnya aku kecewa, rupa-rupanya Taman Buaya ini sedang dalam proses renovasi dan tiada sesiapa yang memaklumkan pada kami (tukang tiket tu pon diam jek). Namun kami teruskan dalam keadaan hujan renyai-renyai bahasa, kami melawat buaya-buaya yang kesunyian.
Kemudian kami melawat A’ Famosa, disini kami mendaki bukit untuk melihat permandangan bandar Melaka. Di sini tidak banyak berubah, cuma mungkin kerana aku agak lewat tiba disini peniaga-peniaga cenderamata sudah tidak kelihatan ataupun sememangnya mereka sudah berubah posisi penjualan? Di sini kami hanya sempat merakamkan kenangan kami di dalam fhoto kerana cenderamata yang kurang mentarik hati.
orite.. until next time.
Aku DEPRESS.
Dec 27th

Sekarang menunjukkan 12.02 pm, masuknya waktu tengahari, sudah berkurun blog ini terbiar tanpa coretan-coretan terkini. Sejak akhir-akhir ini memang aku sudah mula bergerak secara aktif, mengabaikan segala penat lelah, aku akan keluar untuk “fhotoshoot”. Aku rasakan aku amat memerlukan latihan-latihan yang berterusan, bagi mengeratkan silaturahim antara aku dan erica. Tapi buat sementara ini, aku masih dalam kesempitan masa, hampir setiap masa yang ada aku gunakan untuk kerja dan sesuatu yang merehatkan otak.
Antara aktiviti akhir-akhir ini yang belum tercoret disini mahupun flickrku, trip melaka, fhotoshoot @ eye on malaysia dan Krismas di genting. Haha.. krismas di genting tu, gambar pon belum aku upload ke PCku lagi. Sekarang ini aku sedang dalam proses menyediakan system CCTV aku bagi presentation Demo untuk JCorp. Aku sorang akan buat backend yang jarang-jarang sekali aku lakukan. Aku merancang untuk menggunakan C++ in Linux selepas cubaan dengan hanya menggunakan PHP amat terbatas.
So, tunggu update fhoto-fhoto yang lain ok. Aku gayat di Eye On Malaysia dan EOM dilanjutkan sehingga Ogos 2008…masih sempat siapa yang mahu menunggang gondola itu, by the way aku sedang merancang untuk night fhotoshoot @ EOM. Siapa mahu folo sila tinggalkan nama di komen. Yosss….
Expoconvo 2007 UMP
Dec 6th

Maaf lama sudah tiada sebarang entry kat sini, so seperti yang dirancang, Jumaat malam 30/11/2007 aku bergerak ke Kuantan pahang untuk memeriahkan lagi majlis konvokesyen UMP yang ke-2. Sampai di UMP pada awal pagi, dan kami terus bergerak ke Dewan Jubli Perak, tempat dimana berlangsungnya majlis konvokesyen itu. Sesampai disana semua bakal graduan sessi pagi sedang beratur untuk masuk ke dalam dewan. Sempat juga aku bertegur sapa dan mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka sambil mensnap beberapa keping gambar.
Rugi rasanya nifty fifty aku yang ditempah daripada Beck tidak dapat diambil sebelum bergerak ke Kuantan akibat kerja opis yang sungguh extreme banyaknya. Sebelum bergerak ke Kuantan aku, atok dan rahmat masing-masing mempunyai kerja yang mesti diselesaikan sebelum bergerak. Aku dan atok mesti menyiapkan Product CD milik kompeni aku bekerja Diginets (website ini aku yang buat). Isi kandungan CD itu secara keseluruhannya tentang produk-produk yang sedang dan yang telah disiapkan oleh kami.
Berbalik pada konvo itu, aku menunggu kawan-kawan aku untuk keluar dari dewan itu mengambil masa agak lama iaitu 4-5jam, dan dalam pada masa menunggu itu aku pon mensnap apa saja yang aku dapati menarik pada pandangan aku. Kebanyakkannya adalah gambar-gambar awek yang mentarik hati berbekalkan tamrom 55-200mm tentunya kandid yang menarik tetapi ianya hanya untuk praktis aku sahaja bukan untuk tontonan umum.
Akhirnya mereka semua keluar dan sessi fhotografi bermula, disini aku berjumpa beberapa orang fhotographer yang memiliki DSLR level pertengahan, dan pastinya mereka ini yang aku perhatikan kerana kali ini aku berjumpa dengan fhotographer yang baik dan tidak sombong. Tidak seperti yang aku jumpa di UiTM Shah Alam, semua berlagak dengan DSLR dan gear yang mahal-mahal.
Sessi kemudian bersambung di Expoconvo’07 di Kuantan Parade, meriah juga expo kali ini walaupun mendapat saingan hebat dari PC Fair yang diadakan serentak di Berjaya Megamall. Setelah itu pada waktu malam pula ada beberapa aktiviti yang menarek dijalankan oleh kami secara sendirian, kiranya majlis sendiri-sendiri dan yang ini kita sambung entry lain ok! Oh ya tahniah kepada semua graduan UMP 2007, tahniah maui, tahniah papa, tahniah budin dan yang lain-lain.
Komen Terkini