Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
IT dan Teknologi
Google crash???
Jan 25th
Woot woot… propa je tajuk tu. Okey hari ni tergoogle something yang boleh dikatakan antara perkara paling kool dalam dunia programming. Seorang designer Ricardo Cabello mencipta satu versi Google yang unik dengan menambah konsep graviti didalamnya. Jom try — Google Gravity.
Welcome Nexus One
Jan 25th

Yeah! Nexus One yang ditunggu-tunggu telah muncul. Kepada sesiapa yang tak tahu mengenai kehadiran telefon bimbit ini, kenalkan Nexus dari Google. Sekian lama Google dan Apple sebelum ini banyak bekerjasama dalam membangunkan aplikasi. Namun setelah beberapa perselisihan pendapat, Google telah keluar dari pakatan ini. Kini Google telah mengembangkan lagi pasaran meraka dari sekadar enjin pencari – www.google.com , kepada pelayar web – Google Chrome , kemudian sistem operasi – ChromeOS dan terbaru ialah telefon bimbit Nexus One.
Nexus One yang dicipta oleh Google ini dikatakan bakal menyaingi telefon bimbit Apple yang terkenal iaitu iPhone berdasarkan beberapa kaji selidik. Nexus One ini menggunakan sistem operasi Android yang mana sebelum ini pernah dipakaiguna oleh HTC. Beberapa web telah membuat perbandingan antara Nexus One dan iPhone dan ternyata Nexus One mampu menyaingi iPhone.
Masalahnya sekarang, adakah Nexus One ini akan sampai di Malaysia??? Siapa yang akan berusaha membawa masuk Nexus One ini ke Malaysia???

Komen Terkini