Kehidupan

Hulur Tangan, Kongsi Jiwa

Sepanjang Ramadhan ni macam yang aku cerita sebelum ni, MALAS GILER nak update new entry. Tapi menjelang tinggal esok je yang aku maybe ada internet maka tetulislah entry baru yg bakal merumuskan aktiviti sepanjang RAMADHAN.

Di bulan Ramadhan ni hati kita terpanggil untuk berbuat kebajikan, bantu apa yang mampu tolong apa yang patut. Disepanjang bulan Ramadhan ni aku dengan budak-budak AKAR ada satu projek, iaitu mengumpul keperluan asas serta duit untuk membantu Pusat Jagaan OKU Nur yang menempatkan warga emas dan OKU mental. Rumah ini terletak di No.17, Jalan Kuantan, OFF Jalan Pahang, Sek 86, Taman Tasik Titiwangsa,53200 Kuala Lumpur.

Operasi bermula dengan bermulannya pengumpulan bahan-bahan keperluan asas seperti makanan, sabun, serta pakaian di pusat pengumpulan Gravy Baby!, terima kasih kerana memberikan keizinan. Perlahan-lahan makin banyak barangan terkumpul di GB begitu juga kutipan derma juga amat memberangsangkan. Terima kasih kepada sesiapa yang secara langsung atau tak langsung membantu menjayakan projek ini. Terima kasih kepada mereka yang menyebarkan info mengenai Pusat OKU Nur ni, terima kasih kepada mereka yang mendermakan sedikit sebanyak apa yang dpt dikumpul dan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan ikut serta ke Rumah OKU Nur ini pada 21hb Ogos lepas.

Secara umumnya, Rumah OKU Nur ni mempunyai penghuni tidak sampai 20 orang termasuk penjaga mereka, Pn Normah Binti Safar. Rombongan kami bermula dengan berkumpulnya warga AKAR di GB kira2 pukul 3ptg untuk tugas menyusun barang di dalam kenderaan untuk dibawa ke rumah OKU Nur ini. Selesai shj menyusun barang dalam kenderaan kami semua bergerak ke rumah OKU Nur dengan ahli seramai lebih kurang 30 orang dan tiba kira-kira pukul 4.30ptg.

 

Setibanya di sana kami disambut dengan penuh kejutan kerana Pn. Normah sengaja merahsiakan kedatangan kami atas beberapa sebab tertentu, dan sebenarnya itu adalah yang terbaik dari membiarkan mereka terlalu mengharap ada org yang ingin melawat mereka :) . Sampai shj, kami terus memindahkan barang-barang tadi ke dlm perkarangan rumah OKU Nur dan ahli perempuan terus membawa masuk baju-baju hasil derma untuk sama-sama mengagihkan pakaian tersebut.

 

Sebahagian dari kami pula, bergegas ke bahagian dapur untuk mengemas dan menyusun semua barang-barang yang dibawa tadi. Selesai menyusun, membasuh dan membersihkan kawasan perkarangan rumah ini, beberapa ahli keluar untuk membeli juadah berbuka puasa. Sementara menunggu waktu berbuka puasa dan menunggu kepulangan ahli yang membeli juadah itu, kami bermesra dan menghiburkan mereka disana dengan muzik dan gelak ketawa. Sampai shj juadah kami pon bersiap untuk mennghidangkan juadah itu dan berbuka puasa bersama-sama.

 

Semoga apa yang kami lakukan kan sekarang akan dapat kami teruskan untuk masa-masa akan datang amin!

 

 

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes