Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Kehidupan
Google Today : Gregor Johann Mendel
Jul 20th
Gregor Mendel, who is known as the “father of modern genetics”, was inspired by both his professors at the University of Olomouc (i.e. Friedrich Franz & Johann Karl Nestler) and his colleagues at the monastery (i.e. Franz Diebl) to study variation in plants, and he conducted his study in the monastery’s two hectare[7] experimental garden, which was originally planted by the abbot Napp in 1830.[5] Between 1856 and 1863 Mendel cultivated and tested some 29,000 pea plants (i.e., Pisum sativum). This study showed that one in four pea plants had purebred recessive alleles, two out of four were hybrid and one out of four were purebred dominant. His experiments led him to make two generalizations, the Law of Segregation and the Law of Independent Assortment, which later became known as Mendel’s Laws of Inheritance.
source : wikipedia
Gravy Baby now in Shah Alam
Jul 19th
Hello, kumbang api semua, harap semua sihat. Ok just simple update dari saya ok, Gravy Baby officially berpindah dari Seri Kembangan ke G45, LAMAN SERI BUSINESS PARK, SECTION 13, 40100 Shah Alam, . Dekat dari hampir semua orang, dari tuan punya kedai, dari kami yang memang tinggal kat shah alam, jadi marilah beramai-ramai ke Gravy Baby yang akan beroperasi mungkin pada khamis 22hb Julai 2011 sekiranya takda masalah apa-apa.
Sabtu ni ada Rock the Youth yang mana ramai rakan-rakan akan perform disitu, ada Wani Ardy, Beeha, Space Gambus Experiement, Diandra Arjunaidi, Akta Angkasa, Couple, Keladak, Liyana Fizi, The Fridays dan ramai lagi. So sabtu ni di Kompleks 3k, Subang Jaya bermula 10pg hingga 10mlm Rock The Youth.See you there.

Malamnya kami bergerak ke Pentas pula untuk satu lagi charity show, kali ini support Acid Hadi menghiburkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. So, Acid Hadi akan ditemani Wani Ardy dan mungkin Azreel Azhar entry fees RM10 akan diberikan sbg sumbangan kepada kanak-kanak ini. Jadi marilah beramai-ramai menghiburkan mereka ini dan mari menyumbang seberapa mampu. Oh, Pentas terletak di 11-2, 1st Floor, Jalan Pju 8/5i, Bandar Damansara Perdana, 47810 Petaling Jaya, Malaysia.
Tapak-tapak yang menapak
Apr 5th
Weekend lepas memang antara yg padat, padat macam sardin, macam LRT atau komuter di saat semua nak balik kerja. Bermula Khamis malam, walaupun khamis belum lagi weekend tapi disitulah bermulanya hujung minggu paling letih. Khamis event special, emergency tapi jenis tak kisah punya untuk bagi peluang Suiko a.k.a Venopian Solitude untuk membiasakan diri dengan crowd, well macam biasa untuk sesuatu yang pertama kali dilakukan nerves dan macam-macam perasaan tu pasti akan menikam-nikam diri. Kalaulah aku kat depan tu, konfem aku tak terkata apa bak kata orang speechless, bravo suiko! Thanks to jijul and trish yang memujuk suiko untuk memberanikan diri
Jumaatnya pula aku follow Wani Ardy untuk perform dekat Laila’s Lounge, tapi sebelum itu kena tolong wani siapkan EP versi baru dia “Meanwhile : Short&Sweat” dan pada hari performance Jumaat tu, berjaya siapkan sebanyak 25keping CD. Ini first time aku sampai kat Laila;s Lounge ni, tempat n decorations dia memang awesome, kat luar plak menghadap Tasik Kelana Jaya tu so + double aweseome kat situ. Owner Laila’s Lounge ni kalau tak silap namanya Juliet, peramah dan sungguh terer membuatkan para performer tenang menunggu. Then malam tu memang semua yang perform awesome-awesome semua ada ashraf ishak, Azrul dan lain-lain. Sekarang ni pulak, “Meanwhile : 21 Secrets” da siap burn tinggal nak siapkan cover cd je ni, then pastu bolelah pos kepada sesiapa yang tak dapat lagi masa order “Meanwhile” memula tu.
Sabtu tu pulak,sepanjang hari kat rumah je rehat kononnya, then malam tu bergerak ke Shah Alam sebab nak join team Akar Shah Alam. Malam tu sempena Hari Air Sedunia : Peringkat Negeri Selangor” , Akar diberi slot selama setengah jam untuk membuat persembahan, dan malam tu Azreel Azhar, Acid Hadi dan Kerusi Sepi berganding bahu melaksanakan tugas. Oh tak lupa juga kami diketuai Cici selaku ketua komuniti Akar hari tu. Persembahan semua berjalan lancar walaupun tiadanya kabel untuk gitar dan lain-lain. Rancangan awal hendak ke pentas terpaksa dibatalkan kerana event tu habis lewat dari yang dijangkakan, dan kami tersadai di Night Circle kedai makan yang selalu kami lepak.
Ahadnya pula, pada petangnya aku menyertai SA City untuk melihat perlawan bolasepak 11 sebelah antara SA City vs Politeknik (kalau tak salah aku). Selepas itu terus ke aktiviti malam di KL. So, kita tengok plak minggu ni macamana ok!
Gravy Baby! : Thumbs Up Show pt2
Feb 28th
Okay, review cerita lama, event yang diadakan pada 19 Febuari 2011 : The Thumbs Up Show pt2. yang di anjurkan oleh @elmielmo sebagai kesinambungan part 1 : Pilot sebelum ini.
Kali ini, event ini di jayakan dengan persembahan-persembahan dari Hactick!, The D.I.A, PopKonspirasy dan Ain Zulkifly. Semua ni mmg antara yang terbaik persembahannya. Event ini antara yang paling berjaya di anjurkan kerana orang ramai yang hadir memang FULL HOUSE, siap tak cukup tempat. Terima kasih kepada semua yang datang, maaf kepada siapa yang datang tu tempat duduk tak cukup ke, layanan kurang memuaskan ke! ok. Thanks juga pada geng #TahiTwitter yang memberikan sokongan yang paling best, u know who u are right! hehe… nice to meet u all ok. #TahiTwitter FTW!


Hacktick!


The D.I.A

@elmielmo organizer


PopKonspirasy


Ain Zulkifly

Extra performance @AinaAzizi dan @Luna_Rahman

#TahiTwitter FTW!

Komen Terkini