Luas giler dunia!

DSC_6741Helo kumbang-kumbang semua. OB masih aktif mengambil gambar, cuma kurang mengambil gambar perkahwinanan. Tapi menjelang Mac 2010 ni, ada 2-3 job sudah menanti.

Walaupun macam tu, OB tetap outing kadang-kadang dengan Fuzuri Design, Judo tag mana-mana event yang berkesempatan. Projek baru da masuk kat opis dan nampaknya bakal meragut masa lapang OB. Bakal menuntut fokus dan tenaga yang tinggi. Tapi jangan risau, fhotografi ini akan tetap diteruskan. Dah minatkan, nak buat macamana.

Ok, baru-baru ini baru selesai dengan 3 album sticky Azma <3 Azlan. Sekarang dalam proses untuk menyiapkan 3 custom, takde idea nih, tu yang sangkut nih. Satu custom untuk Fazrul Izwan, satu untuk Rashid dan satu lagi untuk kak Azma, insyaAllah semuanya akan siap dalam 2-3 minggu :D .

P/S : Gambar bersama Haniee San (mem Judo), dan judo kelihatan dibelakang ketika sessi pre-wedd client FD.

ehemmm pakai lens 10-20mm …wide giler dunia:D

Hey, its me.

 

Camera: Canon EOS 40D
Exposure: 0.003 sec (1/320)
Aperture: f/32.0
Focal Length: 17 mm
ISO Speed: 1250

 

 

Hehe, hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti yang sabtunya membebankan diri, yang ahadnya menggembirakan diri. 

 

Sabtu, lepak di KL menyelesaikan masalah yang tak settle sejak dulu lagi. harapnya this is the last one. Tired, annoying and stressful okeh. Nasib baik lepak kat rumah Judo a.k.a FuzuriDesign, sempat aa tengok + curi2 ilmu editing dari dia. :D . Lagi stressful bila balik lepas tengok Selangor menang 2-1 kat tv, tengok Chelsea kalah 1-0 setelah Man U kalah 2-0. Peluang yang baik, tapi gagal diambil kesempatan. We need Maurinho……  T________T (cuba tiru emoticon along)

 

Ahad, bajet memula nak tengok dan temankan Wani perform, tapi sekali terlepas a.k.a terlambat. Tapi kata wani, tak apa…. tak best pon sebab sound system n enviroment tak mesra pengudaraan langsung. Well, pegi lepak makan kat food court dengan Falai dan awek. Lepas tu sempat lagi Wani buat lagu baru ngn Falai. Oppss… terlepas tulis pasal nih :P . Sedap weh lagu duet nih…. :D hahah. Pegilah pujuk wani upload kat myspace dia. :p

 

Okeh, sejak 2-3 menjak ni, hidup aku cam tgh kompius.. + macam tengah mencari hala tuju hidup yang baru. Kool kan… kompius2 nih… suke pikir komplikated sangat. Daa~~

 

Encik Wasabi

 eom.jpg

“Hait! watashi Oma desu”

“Ogenki desuka?”

Ni kisah En.Wasabi. Saya baru juga kenal En.Wasabi ni. Awal-awal lagi En.Wasabi ni dah mula menyusahkan aku. Semakin hari semakin menyusahkan sehingga hampir-hampir membuatkan aku gila. En. Wasabi bersusuk tegap, berkot hitam gelap. Matanya kelihatan kebiruan walaupun beliau Nihonjin (warga Jepun).  Mempunyai kekuatan memori yang sungguh kuat (4GB), berat badan yang agak ringan 30-40kg tapi masih membebankan. Kalau tidak membebankan aku dengan keberatannya, pasti aku memberatkan aku dengan tanggungjawab.Daya kerja yang sungguh mengkagumkan sesiapa yang melihatnya. Pasti semua orang terfikir si En. Wasabi ini sangat ‘workholic’ orangnya.

En. Wasabi kini tinggal di Jalan Semarak, KL sejak Januari 2006 hingga kini. Masih tetap di tempat lama, cuma aksessori atau perabot dalaman rumah En.Wasabi telah banyak perubahan.  Rumah En.Wasabi masih sejuk dan semakin hari akan bertambah sejuk, terima kasut pada penghawa diri berkuasa kuda laut dua biji itu. Aku sungguh benci akan masalah yang En.Wasabi libatkan aku. Tanpa sebarang pelawaan dan permintaan aku terlibat sama sekali dalam kancah masalah En.Wasabi ini. Secara komunikasi pon sudah membawa masalah kerana masing-masing tidak berapa memahami apa yang dituturkan.

Masalah En.Wasabi ni seringkali melibatkan orang ke-3 dan orang yang ke-3 ni yang selalu menekan dan memaksa segala masalah diselesaikan dengan segera tanpa mahu mengambil tahu kesusahan untuk menyelesaikan masalah ini. Tanpa mereka sedari, masalah yang berlaku ini sudah berada di luar kawalan aku, dan telah melepasi batasan atau limitasi aku untuk menyelesaikannya. Haih, senang je orang nak cakap apa, tapi susah payahnya orang amik kisah???

So kepada En. Wasabi, kali ini anda perlu masuk wad pembedahan yang kritikal dan ini bakal menentukan hidup mati anda, tetapi sekaligus ia juga merupakan penentu hidup mati aku juga. Masuk bilik pembedahan ni tahulah kau nanti, smua harddisk kau akan aku ceraiberaikan, segala wayar-wayar yang berselirat akan aku cabut. Segala yang ada sekarang akan ku ganti dengan perkara yang baru dan segala teknologi akan ditukar kepada yang baru. Bersedialah wahai Server Storage Wasabi.

 

Mangkuk Tingkat

 picture-111-copy.jpg

Mangkuk tingkat itu ada yang tingkatnya sungguh bertingkat-tingkat, ada yang hanya 2-3 tingkat. Biasanya mangkuk tingkat paling popular adalah 3 tingkat. Semakin bizikah aku? atau semakin hilang seri dan minat untuk terus mengupdate blog ini dengan entri-entri baru? Lets recap apa yang berlaku sejak 4 Ogos yang lepas.

KERJA

Semakin stress, dengan beberapa tanggungjawab baru dan beberapa masalah kritikal yang semakin berlarutan. Aku diperlukan untuk berinteraksi dengan manusia yang mana merupakan perkara yang aku tidak mahir. Hubungan aku ataupun interaksi aku dengan homo sapiens / manusia / orang yang pertama kali aku jumpa sememangnya SUCKS! Aku tiada idea, aku buntu untuk memulakan perbualan. Inilah sebab mengapa aku bukan seorang yang suka mengorat ataupun seseorang yang ramah mesra berkenalan dengan perempuan mahupun lelaki. Jadi, gadis-gadis diluar sana anda perlu membuat langkah pertama jangan ditunggu langkah pertama dari aku.

Beberapa masalah teknikal sedang dalam proses untuk pembaikan dan mungkin akan membuatkan aku sibuk sepanjang minggu ini. Masalah peribadi ialah dari segi prestasi kerja aku yang aku dapat rasakan dalam era menurun dan menjunam. Aku dapat rasakan setiap hari ke tempat kerja tiada motivasi diri, tiada semangat untuk bekerja dengan sepenuh perhatian. Aku perlu lakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali semangat yang hilang ini.

FHOTOGRAFI

Semakin bertambah baik dan memberangsangkan, walaupun tak banyak job yang datang tapi aku bersyukur ada yang menghargai dan memberi galakan kepada aku termasuk famili aku. Baru-baru ini aku telah mendapat job untuk shoot wedding pengacara Wanita Hari Ini (WHI) Nor Azzura Azizul Azman dan pasangannya Zain Azrai bin Zaa’ba. Terima kasih Senikatawati atas peluang in, we really appreciate it. Projek ini adalah koloborasi antara Fuzuri Design dan OB Photography.

Berdebar rasanya kerana ini antara job yang besar tanggungjawabnya, dan ianya berlangsung pada 080808 untuk nikah, 090808 persandingan sebelah perempuan dan 160808 persandingan sebelah lelaki pula. Sepanjang event ini, aku ditugaskan untuk meng’cover’ persiapan di sebelah pengantin lelaki Zain. Terima kasih atas segala layanan mesra oleh keluarga Zain, terasa segala kekok semakin berkuranga. Syukur alhamdulillah, Sabtu ini, bertempat di ampang persandingan sebelah lelaki pula, kena bersiap sedia.  :D

HIDUP

Semakin serabut, kalut, serabai, mampai (Judo ske sebut ini) , dan tidak tentu hala.Beberapa kejadian yang tidak sedap telinga mendengar, tak manis mata memandang telah membuatkan hidup aku semakin kelam dan sunyi. Tapi aku berjanji untuk mencari penyelesaian bagi semua ini.

 
7 visitors online now
7 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 04:00 am MYT
This month: 22 at 03-12-2010 01:22 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT