Upload Urbanscapes 2008 pics

img_7123-copy.jpg

Yah, hari ni berjaya upload gambar-gambar yang diambil di Urbanscapes 2008. Belek-belek gambar-gambar tu, terfikir pula lama sudah tak mengambil gambar anak-anak muda yang buat live performance macam ni. Terlalu bizi gamaknya aku ini dengan hal-hal lain.

Hari ni kembali dari kampung, melihat keadaan ayahku yang 2 minggu lepas diserang sakit jantung hingga ke ICU. Sudah sehat namum masih memerlukan perhatian sepenuhnya. Kali ini aku meminta SLR filem, Yashica FX-7 milik ayahku untuk ditukar milik kepadaku dan sah, ianya milikku. :D . Lepas ini mari berjinak-jinak dengan SLR filem dan tidak lupa juga LOMO Melissa :D . Oh ya, Urbanscapes@Flickrku.

urbansssss.jpg

 

Satu hari di IKIP.

img_1361-copyy.jpg

Canon EOS 400D, 1/640, 18mm, ISO 1600, F16

Minggu lepas adalah antara pemulaan bagi aku untuk terus dalam bidang yang aku minat. Segalanya bermula dengan kehilangan fhoto-fhoto selama ini. Minggu lepas aku ada site survey kat kolej lama aku masa study matrik dulu, Kolej Ikip. Terungkap kembali memori-memori percintaan di zaman matril dulu. Kami pelajar matrix KMP belajar di IKIP 3, Taman Gelora tinggal di IKIP 2 bagi pelajar lelaki dan perempuan pula berhampiran IKIP utama. Dulu apabila menyebut IKIP perkataan “di Kuantan” takkan tertinggal, kami akan menyebut “Kolej IKIP diKuantan”. Keadaan di IKIP 3, terletak betul-betul di tepi pantai mempunyai surau kayu yang sungguh lama, panas, oldskool. Tetapi biasanya kami akan ke Masjid berhampiran (pon terletak di pantai).

Fhoto diatas diambil di Kolej IKIP 3. :D

 

Muzium Adat @ Jelebu

Sekitar lawatan kerja aku di Jelebu, Muzium Adat yang dirasmikan padan 2hb Febuari 2008. Ketika ini proses penyiapan dan persediaan untuk perasmian sedang giat dilakukan. Sesiapa yang senang-senang bolehlah engunjungi muzium ini. Pelbagai adat-adat setiap bangsa di Malaysia dipamerkan disini. Enjoy the pictures.

img_6026-copy.jpg

img_6037-copy.jpg

img_6038-copy.jpg

img_6039-copy.jpg

img_6040-copy.jpg

img_6041-copy.jpg

img_6048-copy.jpg

 

Sekilas lalu

satu.jpg dua.jpg

Demo untuk presentation itu berjaya, namun ketika presentation berbagai karenah berlaku. Antaranya server buat hal, refuse utk ftp, laptopku memadamkan diri, ip server terlupa(port fowarding) dan sebagainya. Akhirnya semuanya berakhir dan demo itu bukannya wajib sekadar penambah rasa dalam presentation itu. Minggu ini aku kembali dengan task baru yang sebenarnya sambungan dari yang dulu-dulu. Aku akan memperkemaskan dan memperbetulkan Wasabi-Ipsan. semoga pada minggu ini aku akan berjaya.

Oh ya, rabu ni Thaipusam dan aku merancang untuk mengikuti otai-otai FMDC (Fotopages Malaysia Digital Community) untuk photoshoot Thaipusam di Batu Cave. Itu dalam perancangan akulah, tak tahulah jadi ke tidak. Kemudian tanggal 2hb Februari aku akan ke Homestay Sg.Sireh untuk menyertai photohunting FMDC. Duit sudah pun dibayar dan rakan-rakan pon sudah dikumpul. Kemungkinan besar selepas ini setiap waktu cuti dan weekend aku akan outing untuk fotografi.

 
7 visitors online now
7 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 12:22 am MYT
This month: 26 at 07-06-2010 02:20 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT