Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Kerjaya
Kerjaya
Mode : Bizis Final Day
Jan 17th

Yo, hari ni kena siapkan sikit mende tak settle sebab pukul 10 nanti aku ada presentation dekat shah alam. Wish me all da best, dan pagi ni aku gerak ke opis agak awal dari biasa thanks to atok coz temankan aku. By the way, abes presentation aku updet lagi ok. Da~~ adios.
p/s – Tu gambar rumah aku.
Mode : Masih Lagi Bizis!
Jan 15th

Oleh kerana masih dalam keadaan bizis, maka aku pon membuat entry yang ada fhoto-fhoto macam biasa. Khamis aku ada presentation + demo kt Muzium Negara kot. Masih belum siap apa yang sepatutnya siap. Oh ya baru-baru ini aku terlihat dan terdonlod satu TV siries baru bertajuk “Terminator- The Sarah Connor Chronicles SE101“. Tv siri ini berdasarkan filem hebat iaitu The Terminator. Malangya aku tak sempat nak melihat untuk memberi sedikit prebiu kat kamu-kamu semua. Sila donlod dan lihat sendiri, kemudian bolehla berkongsi pendapat pasal cerita ini. Sekian.
p/s – Link diatas adalah link untuk download torrent sahaja + Fhotoshoot di PD, 12 Jan 2008

Review Pantas 281207
Dec 28th

Aku mencuri sedikit masa atas tekanan dalam menyelesaikan beberapa programming problem dengan menulis Review Pantas ini. Sekali sekala sedang berprogramming, otakku perlu direhatkan seketika dengan aktiviti yang ringan-ringan seperti ini.
1. Benazir Bhutto terkorban dalam satu lagi serangan berani mati yang memang disasarkan ke atasnya. Ini merupakan serangan kedua setelah Benazir pulang dari buangan. Masih bodoh dan pendek akal bagi sesetengah manusia ini, menyelesaikan masalah dengan kekerasan, kekejaman, dan sebagainya. Persoalannya, terselesaikah masalah anda?
2. Manchester United merampas takhta English Premier League (EPL) dari Arsenal setelah mengalahkan Sunderland 4-0 dan Arsenal gagal dalam usaha mengekalkan takhta EPL sekadar seri 0-0 dengan Portsmouth. Chelsea pula berdepan dengan masalah pemain, setelah ramai pemain utama cedera, perlawanan menentang Aston Villa, mengundang keresahan setelah 2 lagi pemain Chelsea di’hadiahkan’ kad merah. Menambah kuantiti pemain yang tidak boleh bermain, tapi jangan bimbang ramai lagi pemain berbakat. Liverpool menang 2-1 hasil jaringan minit akhir Steven Gerrard.
3. Malam esok bersamaan 29 Disember berlangsung satu lagi event bertaraf dunia iaitu World Drum Festival 2007 iaitu dari 29 hingga 30 Disember 2007. Berlangsung di Dataran Merdeka dari pukul 8.30 malam dan ianya disertai oleh Enggar & Associates – Indonesia, KOTTSU – Japan, Pathun Thani Nantamuneebamroong School – Thailand, Diplomats of Drum – Malaysia, YAWA Eco Drum Circle – Malaysia, The Trinity Collage, Kandy – Sri Lanka, dan Rhythm Masala – Singapore. Kemasukkan adalah percuma. Aku mungkin akan berada di sini pada 29hb ini.
4. Era pengiklanan digital semakin canggih dan berbagai-bagai pilihan, sebelum ini wujudnya Goggle Adsense, Adverlets dan nuffnang kini muncul pula Nufflets. Aku sudah pon sign up dan katanya anda bakal mendapat USD15 setelah mendaftar, aku sudah letak diblog ini pon. Tetapi dari segi namanya seolah-olah Nufflets ini adalah hibrid antara nuffnang dan advertlets. Tapi entahlah, kita cuba dan tunggu hasilnya.
5. Sempena Tahun baru ni, TV3 ataupun lebih tepat Media Prima, menganjurkan Konsert Di sisimu. Aku terpikir untuk ke sana kerana ianya diadakan di Stadium Shah Alam. Dekat, dan kalau jammed pon taklah jauh sangat. Mari beramai-ramai ke sana.
Aku DEPRESS.
Dec 27th

Sekarang menunjukkan 12.02 pm, masuknya waktu tengahari, sudah berkurun blog ini terbiar tanpa coretan-coretan terkini. Sejak akhir-akhir ini memang aku sudah mula bergerak secara aktif, mengabaikan segala penat lelah, aku akan keluar untuk “fhotoshoot”. Aku rasakan aku amat memerlukan latihan-latihan yang berterusan, bagi mengeratkan silaturahim antara aku dan erica. Tapi buat sementara ini, aku masih dalam kesempitan masa, hampir setiap masa yang ada aku gunakan untuk kerja dan sesuatu yang merehatkan otak.
Antara aktiviti akhir-akhir ini yang belum tercoret disini mahupun flickrku, trip melaka, fhotoshoot @ eye on malaysia dan Krismas di genting. Haha.. krismas di genting tu, gambar pon belum aku upload ke PCku lagi. Sekarang ini aku sedang dalam proses menyediakan system CCTV aku bagi presentation Demo untuk JCorp. Aku sorang akan buat backend yang jarang-jarang sekali aku lakukan. Aku merancang untuk menggunakan C++ in Linux selepas cubaan dengan hanya menggunakan PHP amat terbatas.
So, tunggu update fhoto-fhoto yang lain ok. Aku gayat di Eye On Malaysia dan EOM dilanjutkan sehingga Ogos 2008…masih sempat siapa yang mahu menunggang gondola itu, by the way aku sedang merancang untuk night fhotoshoot @ EOM. Siapa mahu folo sila tinggalkan nama di komen. Yosss….
Komen Terkini