Musik

#GBRaya Extravaganza

Assalamualaikum,

 

Alhamdulillah event yg nama giler gempak ni berjalan lancar, dan kehadiran amat memuaskan. Terima kasih kepada semua yang hadir, yg datang berbaju raya lawa-lawa menawan anggun. Terima kasih kepada para performer yang sudi menghiburkan kita ketika berhari raya. Terima kasih warga #twitterjaya yang juga turut sama datang memeriahkan, @karrotgold @faliqfahmi @ainaazizi @zullicious @hariznasir @aizadfahmy @shezzlah @Luna_Rahman, @AinZulkifly, dan ramai lagi…

Terima kasih kepada performer yg menyumbangkan suara iaitu, Syai n Fren, Glasgow Ballet, Azreel Azhar, The Siblings , Hepi Lille dan Captain G. Ada beberapa performer kita pada hari itu gagal menghadirkan diri walaupun cuba untuk datang seperti Acid Hadi yang terikat dengan tugas serta EPIK juga.

 

Macam biasa seperti event sebelum ni, event yang dijadualkan bermula 8.30pm akhirnya bermula lewat kira-kira 9.40pm baru bermula. Seperti yang diberitahu setiap performer wajib membawakan sekurang-kurangnya satu lagu raya dan ianya disambut baik oleh semua performer. Kemuncak acara ini ialah King n Queen of #GBRaya yang di menangi oleh Adi Wafi dan Izni Ismail.

 

Terima kasih atas sokongan anda sehingga kini, semoga dapat bertemu anda semua yg dari dulu tak jemu-jemu menyokong kami di Gravy Baby!.

P/s – dtg lagi eh :P

 

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Hai Selamat Hari Raya 2011 :)

Selamat hari raya semua. Sempena baru lepas puasa ni, byk event bakal berlangsung, diantaranya open2 house rumah kawan2 dan event raya seperti yg bakal berlangsung sabtu ni di Gravy Baby! 8.30pm.

 

#GBraya ataupon GB RAYA EXTRAVAGANZA! ini diadakan sekadar suka-suka menyambut Hari Raya bersama kawan-kawan sambil berhibur live acoustic show dengan lagu raya. Seramai hampir 10 performer yang meyatakan kerseronokan untuk turut serta sama-sama dlm misi ini. Antara yang akan turut serta perform dlm event ini ialah, Azreel Azhar, Acid Hadi, , geng ukulele malaya, Hepi Ville dan lain lain lagi.

GB RAYA EXTRAVAGANZA! #GBraya

Saturday, September 10

8:30pm – 11:30pm
Gravy Baby, G45, Laman Seri Business Park, Section 13, Shah Alam.

 

+ PUT ON YOUR BAJU RAYA, KASUT RAYA / TRADITIONAL OUTFIT!
+ BRING YOUR KUIH RAYA AND SHARE THEM WITH FRIENDS!
+ DON’T FORGET YOUR MUSICAL INSTRUMENTS + RAYA SONGS!
+ BRING ALONG ANY RAYA RELATED STUFF! PELITA + BUNGA API!
+ ANYONE CAN GO ON STAGE & JAM OUT SOME RAYA SONGS!

 

Jejom!!!!

 

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes