Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
ReaLiTy
Dari hati ke hati
Nov 1st

Aku merasakan aku kerja bagai nak mati jek minggu nih. Bermacam-macam lagi kerja menanti menunggu untuk diselesaikan. Aku rasa macam aku lah yang letih bagai nk gila. Aku merasakan tiada masa untuk aku berdating ngan Erika, aku rasakan ada orang yang dengki dengan kehadiran Erika kot. Miahahahaha…. Projek Felda sudah siap hanya menanti handover sahaja tetapi server lama ada yang perlu di selesaikan dahulu. Aku pon takde idea nak tulis apa kat blog aku, gambar-gambar bersama Erika masih diperingkat eksperimentasi. Masih banyak yang perlu dilakukan, kena saling paham memahami, saling tolak ansur, percaya mempercayai antara aku dan Erika. Dan aku harapkan kawan-kawan aku semua doakan hubungan antara aku dan Erika berjalan lancar. Dan chemistry antara aku dan Erika bertambah kuat.
Hujung minggu ini mungkin aku akan berdating bersama Erika di Shah Alam, dan mungkin akan ke Sepang pada ahadnya dan aku bayangkan aku dan Erika akan bersantai melihat kapal terbang di KLIA nanti. Berbalik kepada situasi kita berfhoto di khalayak ramai, seringkali aku terpikir adakah dengan memfhoto, orang akan memarahi aku?melarang aku? mungkin aku fobia dengan apa yang berlaku pada kami di KLCC ketika Meet Up Persetankan hari itu. Fobia…fobia…fobia…aku risau orang akan salah sangka dengan kamera ditangan. Harapnya mereka semua paham hobi yang aku lakukan sekarang. Nikki pula mungkin akan jauh dari aku, berhijrah ke Langkawi. Mungkin sedikit cemburu melihat aku lebih melayan Erika dan memberikan tumpuan lebih pada Erika. Dan memang aku lebih sayang pada Erika tetapi aku tetap hargai setiap kenangan kita bersama Nikki. Tanpa kau, aku mungkin takkan berada di tahap aku sekarang ini. Harap kau maafkan aku wahai Nikki.
Mentaliti orang kaya, mungkin sedikit bias tetapi aku hanya meluahkan apa yang tersirat dihati, mungkin aku risau untuk bersuara di khalayak ramai. Pagi tadi, seperti biasa aku ke opis aku di SS15 Subang Jaya dan tidak seperti hari-hari sebelum ini parking moto diopisku penuh di kedua-dua belah. Tetapi apa yang membuatkan marah aku datang ialah sebiji kereta mahal Mercedes yang aku tak ingin nak tau model apa, telah memparkingkan dirinya di tempat parking moto. Di mana kesedaran sivik mamat atau minah yang melakukan perkara ini. Mungkin merasakan keretanya mahal, dan mampu membayar saman anda boleh letak kereta di merata-rata tempat? Oleh itu, silalah parking kereta mahal anda di dalam longkang!!! S**t!!! Kalau semua orang berfikiran macam mamat kereta mewah ni, susah lah mereka yang seperti aku bermotor. Demm!!!
Hari ini hidupku tidak Kool!!!
Raya di Kelantan
Oct 25th

Menjelang raya yang entah keberapa iaitu bersamaan hari Khamis yang lepas, 18 Okt 2007 aku dengan pelbagai paksaan dan tekanan telah di ajak untuk pulang awal ke Shah Alam dan seterusnya beraya di Kelantan. Sememangnya aku mulanya berberat hati kerana aku sudah ada rancangan pada hari Sabtu (20 Okt 2007) iaitu “Meet Up Persetankan”.
Atas dasar kawan, aku memutuskan untuk turut serta ke Kelantan. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan ke Kelantan cuma yang aku rasakan perjalanan yang sungguh jauh dan memenatkan walaupon bukan aku yang memandu. Aku sedikit tertekan dengan keadaan tiada highway yang selesa menuju ke Kelantan, hanya ada jalan-jalan kecil yang sedikit sebanyak mengguris perasaan takut bertembung mahupun terselisih.
Kemudian kami bertikam pendapat mengapa tiada lagi lebuhraya dibina di Kelantan??? mungkin ada benarnya politik kadang-kala menyusahkan, sebagaimana politik boleh memajukan sesuatu kawasan ataupun negara politik juga mampu memundurkan sesuatu kawasan itu. Itu antara realiti yang berlaku, mengapa perlu ada tol setelah sesebuah lebuhraya itu siap? Kononya untuk menampung kos perbelanjaan pembinaan itu, tetapi adakah selama-lamanya tol harus dikutip?Dan setelah pihak itu kalah tol dihapuskan demi untuk memenangi hati rakyat, adakah relevan tindakan ini? Hahaha…bercakap mengenai politik pulak.
Oke, secara keseluruhannya merayau-rayau ke Kelantan ni taklah membosankan, kerana banyak tempat-tempat menarek yang boleh dilawati dan difhotokan. so next time pergi kelantan kena listkan tempat mana nak pergi untuk fhotografi, and ade sesiapa bole kasi idea tempat menarek di Kelantan.
Puasa Semakin Jauh
Oct 9th

Ohhh…ini adalah entry pertama aku untuk bulan Oktober ini, huh..lebih seminggu tanpa sebarang update disini dan aku meminta maaf aa kalau ade sesiapa yang boring. Kebelakangan ini aku kena tumpu kat kerja lebih kerana aku akan bercuti selama 9 hari bermula 12/10/2007 hingga 21/10/2007 dan maksudnya segala kerja aku yang masih pending haruslah diselesaikan terlebih dahulu.
Dalam masa tak sampai seminggu kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 13 Oktober 2007. Sekali lagi bulan Ramadhan kita tinggalkan dengan penuh kegembiraan. Sepatutnya Bulan Ramadhan yang kita sambut dengan meriah dan gembira tetapi itulah kelemahan kita sekarang, termasuk aku juga. Sukar dan tidak suka dengan rintangan duniawi. Huhuhu…walaubagaimanapun tidak salah kita meraikan Aidilfitri, sebagai tanda kemenangan kita mengatasi pelbagai ujian di bulan Ramadhan. Tahun ini aku merasakan semakin berusia dan matang seseorang itu makin mantap rintangan yang perlu dihadapi.
Tahun ini kali kedua aku berpuasa sebagai seorang yang bekerjaya. Tahun ini semakin tabah dengan beberapa kali terpaksa berbuka di bilik server, berbuka di tengah jalan, berbuka ketika tiada makanan (“korek hidung untuk berbuka” kata kawan aku) dan bermacam-macam lagi. Namun alhamdulillah, semua itu dapat aku hadapi dengan tabah walaupun kadangkala aku tewas ngn nafsu marah aku.
Tahun-tahun sebelum ini ketika aku masih bergelar seorang pelajar, aku berpuasa dengan gembira sekali bersama kawan-kawan aku semua. Lebih-lebih lagi bila dijemput menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Pahang, tentunya peluang yang sukar dilepaskan. Ketika itu aku berbuka dengan pelbagai masakan yang menarik dan menyelerakan dan aku rasakan tak perlu aku nyatakan apa masakan itu. Terliur siang-siang ni tak elok pulak.
Imbas kembali 7 tahun yang lepas, ketika tu aku masih bersekolah menengah dan ketika itu aku berbuka puasa bersama-sama keluarga aku. Antara minuman kegemaranku pada masa itu adalah, cincau dan cendol buatan emakku (cendol belila tapi air dibancuh sendiri). Itu yang paling seronok sekali berbuka beramai-ramai yang pada tahun ini aku belum pon berjaya lakukan, berbuka bersama keluarga. Tapi ini akan aku lakukan juga pada khamis atau mungkin pada Jumaat ini kerana pada hari itu aku akan pulang ke kampung.
Jadi peringatan terakhir bagi semua umat Islam dan rakan-rakanku sekalian, JANGAN LUPE BAYAR ZAKAT FITRAH.
Puasa memang KOOL!!!
5 Rahsia Diri
Sep 2nd

Yup.. aku kena tag dengan minah ni, Catzer. Aku terpaksa buat tag ni secepat mungkin kerana ade satu tag yang sama dari mamat ini, Ismail jadinya aku menjawab 2 tag dr kawan-kawan aku sekaligus..hahahah.. 5 perkara yang korang semua tatau tentang aku yang maybe bagi korang jelek, menjengkelkan dan bermacam-macam perasaan yang korang semua akan rasa bila membaca rahsia ini.
1. Aku suka baca novel - yup, maye korang fikir aku ni jiwang karat, tangkap lentok.. tapi memang hobi aku membaca novel, mengumpul koleksi novel, sebab dengan membaca novel aku dapat menambah pengalaman hidup, membuka minda dan menambah ilmu. Penulis kegemaran aku ialah Ramlee Awang Murshid penulis novel thriller no.1 Malaysia.
2. Aku suka tengok Jdorama + Kdorama – haha.. aku memang sampai kini mendonlod dan menyimpan banyak cerita drama jepun dan korea, terutamanya mengenai sukan walaupon aku seorang yang kurang bersukan. Antara pelakon yang menjadi pujaan hati ialah Aya Ueto.
3. Aku seorang panas baran - aku rasa aku mewarisi tabiat ni dari ayah aku, dan aku menyedari perkara ini sejak sekolah rendah lagi. Sejak itu aku berusaha, belajar untuk mengawal perasaan dan tabiat ini.
4. Aku suka makan belacan - aku memang suka makan belacan terutama selepas dibakar. Sejak kecik lagi aku akan meratah belacan bakar yang selalu di bakar oleh mak aku.
5. Aku seorang pemalas – aku memang seorang yang pemalas, pernah di darjah 4 aku tak buat langsung kerja sekolah. Cikgu tanya aku jawab buku tertinggal kt umah. Sampailah cikgu tu tak tahan dia suruh aku balik ambil buku itu. Hahaha…akhirnya kakak aku dipanggil dan aku di cop suka makan pil “M” -Malas. Kini aku dah tak malas sangat (rajin updet blog ..:P).
hahahah…begitulah rahsia aku yang tidak ramai tau, dan sekaligus aku mahu tag ini kepada :-
1. Dhiey (who is she??:P)
2. Shaira (maaf tag gamba anda tidak dpt diselesaikan)
3. MemeyAnuar
4. Along
5. Abbas
Tag memang kool!!!


Light Trail yang huduh!!!
Komen Terkini