Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
ReaLiTy
HBJ ’10 – Wani Ardy & Syafiq Zakaria
Oct 11th
Hi Kumbang Api semua,
Sorry tau tak hapdet2 langsung. Tapi sebab da janji ngn kumbang2 smua aku nk update pasal HBJ’10, so sekarang aku update je aa tapi dengan gambar-gambar yang aku amik sepanjang majlis pernikahan dan persandingan belah perempuan dulu. Sebabnya, yang belah lelakinya pulak masih on my way to edit sikit2 (gambar kat dewan paham2 sudah). Ok lets go!!!














ok, sekian
Majlis Pernikahan Aini Jasmin <3 Oat Halim
Oct 1st

Hai Kumbang Api semua.
Kali ni entry smua happy-happy je sebab bulan september 2010 adalah bulan jiwa bersatu, hati bertaut, berkongsi kasih. 24hb lepas, aku menyaksikan majlis pernikahan jasmin dan oat walaupun majlisnya diadakan secara kecil-kecilan dan menjemput saudara mara serta rakan rapat, meriahnya berganda-ganda.
Disini juga terjadinya reunion kami DFJJ, yang mana aku kenal mereka semua ini dari sebuah blog gambar Digital Fhoto Jeritan Jiwa. Terima kasih tidak terhingga pada Along yang memperkenalkan blog ini pada aku. Di sini aku kenal Jasmin, kemudian kenal Beck, Nizam Nuri, Ikmal Ibrahim, Hellmy Firdaus, Mummoze, Suessy, Surie, Arief, Jarri, Wunk, Musashi, Baliomega, Bella, IcedNyior dan ramai lagi. Dan Jasmin jugalah yang memperkenalkan aku kepada Wani Ardy, dan aku lihat friendship networking aku makin besar masa demi masa. Terima kasih korang semua. Oat pulak aku kenal semasa Hari Bintang Jatuh ’08 di Red Bungalow dari wani dan jasmin
. Then fynn dan tri pula kenal daripada wani
.
Well, apapun Tahniah dan Semoga Berbahagia kepada Jasmin & Oat
. Semoga korg suksess selalu.




p/s – Gambar akan diupdate kemudian
, disusuli entry HBJ’10 plak lepas ni
We’re back!Bigger and stronger :P
Jan 20th

Haha, tak ada apa sebenarnya cuma DFJJ, ataupun nama panjangnya Digital Fhoto Jeritan Jiwa dalam proses pemulihan setelah hampir setahun tidak beroperasi. Pada awalnya, DFJJ di hostkan di www.persetankan.com, tapi atas beberapa masalah teknikal domain itu terpaksa dibiarkan kosong buat sementara waktu. Selain itu DFJJ juga ada projek baru yang bakal diperkenalkan apabila sudah bersedia. Buat sementara ini mungkin kami akan menggunakan kembali buat sementara waktu blogspot lama kami, www.persetankan.blogspot.com.
Selain itu aku juga merancang sesuatu dengan beberapa rakan fhotographer aku, untuk sesuatu projek yang baru. Sudah lama rasanya tak betul-betul mengabdikan diri untuk blog, sedangkan dunia blog ni banyak memainkan peranan dalam hidup aku. Harapan aku semoga aku terus aktif dalam dunia blog ni, semua projek-projek aku berjalan lancar dan semoga semua warga DFJJ yang hilang bersama Persetankan.com itu kembali menyokong kami.
Oh ya, untuk pengetahuan semua baru sahaja 2-3 hari ini aku aktif dengan twitter. Hahaha, rasa macam ketinggalan sungguh sebab pada ketika ini aku masih terkial-kial memahami semua ‘tweet’ yang ada.
Tapi jangan risau, aku kalau berkaitan dengan teknologi terkini ni, aku memang fast learner.
Quick Update
Dec 29th
Hi, Disember yang sibuk, 2009 yang awesome, rasa macam badan ini terlalu penat. Sepanjang tahun 2009 ini, aku tak amik MC cuma cuti biasa-biasa aje, alhamdulillah diberikan oleh-Nya kesihatan yang baik sepanjang tahun.
Semoga tahun 2010 ini bakal menjadi antara tahun yang baik, lebih baik dari 2009, Amin!
Komen Terkini