ReaLiTy

Hey, its me.

 

Camera: Canon EOS 40D
Exposure: 0.003 sec (1/320)
Aperture: f/32.0
Focal Length: 17 mm
ISO Speed: 1250

 

 

Hehe, hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti yang sabtunya membebankan diri, yang ahadnya menggembirakan diri. 

 

Sabtu, lepak di KL menyelesaikan masalah yang tak settle sejak dulu lagi. harapnya this is the last one. Tired, annoying and stressful okeh. Nasib baik lepak kat rumah Judo a.k.a FuzuriDesign, sempat aa tengok + curi2 ilmu editing dari dia. :D . Lagi stressful bila balik lepas tengok Selangor menang 2-1 kat tv, tengok Chelsea kalah 1-0 setelah Man U kalah 2-0. Peluang yang baik, tapi gagal diambil kesempatan. We need Maurinho……  T________T (cuba tiru emoticon along)

 

Ahad, bajet memula nak tengok dan temankan Wani perform, tapi sekali terlepas a.k.a terlambat. Tapi kata wani, tak apa…. tak best pon sebab sound system n enviroment tak mesra pengudaraan langsung. Well, pegi lepak makan kat food court dengan Falai dan awek. Lepas tu sempat lagi Wani buat lagu baru ngn Falai. Oppss… terlepas tulis pasal nih :P . Sedap weh lagu duet nih…. :D hahah. Pegilah pujuk wani upload kat myspace dia. :p

 

Okeh, sejak 2-3 menjak ni, hidup aku cam tgh kompius.. + macam tengah mencari hala tuju hidup yang baru. Kool kan… kompius2 nih… suke pikir komplikated sangat. Daa~~

wani-ardys-hari-bintang-jatuh

Hari Bintang Jatuh

Bintang, merupakan objek di angkasa yang cantik bersinar-sinar menerangi bumi. Adakalanya bintang ini tidak bersinar, akibat lindungan awan hitam di malam hari. Seringkali bintang atau bulan dikaitkan dengan orang yang kita sayang, dan orang itu mungkin keluarga anda, kawan-kawan anda,  mungkin kekasih hati anda.

Antara bintang-bintang di langit tu, ada diantaranya jatuh ke bumi. Apabila ia jatuh ke bumi ia dipanggil Bintang Jatuh. Dengan ini, Wani Ardy telah bertungkus lumus mengilhamkan Wani Ardy’s Hari Bintang Jatuh yang bermula dengan Projek Confession : Kehadapan Bintang Jatuh. Event ini akan dipenuhi dengan persembahan akustik, poetry, screening Kehadapan Bintang Jatuh, Sabtuday Market, Visual Exhibition dan lain-lain lagi. So, dengan ini saya menjemput semua bintang-bintang yang berkeliaran di luar sana untuk sama-sama memeriahkan lagi acara ini.

Kredit Poster pada Hajar Aznam

Kembali…

Entri yang pertama sejak beberapa minggu menyepi blog ini. Mungkin tanda-tanda blog ini akan berkubur, tapi domain dan hostingnya baru sahaja di perbaharui. Mungkin aku perlu menetapkan apa yang perlu ditulis pada blog ini. Apa yang terfikir dalam diri aku hanya memenuhkan entri-entri akan datang dengan ilmu-ilmu IT dan skrip-skrip kod pengatucaraan yang dicipta. Tujuannya hanya satu, supaya semua itu tidak hilang ditelan zaman dan semoga boleh membantu orang yang memerlukan.

Mungkin juga, topik-topik fotografi dan editing yang juga akan dimuatkan walaupun aku sebenarnya tak hebat dalam hal-hal begini. Aku cuma merujuk kepada sifu-sifu aku yang selama ini menginspirasikan aku dengan hasil-hasil kerjanya. Layout blog ini juga berubah, namun theme ini hanya untuk sementara. Masih belum puas hati dengan skala setiap kolumnya yang menyempitkan kolum utama.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes