Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
ReaLiTy
Encik Wasabi
Aug 13th

“Hait! watashi Oma desu”
“Ogenki desuka?”
Ni kisah En.Wasabi. Saya baru juga kenal En.Wasabi ni. Awal-awal lagi En.Wasabi ni dah mula menyusahkan aku. Semakin hari semakin menyusahkan sehingga hampir-hampir membuatkan aku gila. En. Wasabi bersusuk tegap, berkot hitam gelap. Matanya kelihatan kebiruan walaupun beliau Nihonjin (warga Jepun). Mempunyai kekuatan memori yang sungguh kuat (4GB), berat badan yang agak ringan 30-40kg tapi masih membebankan. Kalau tidak membebankan aku dengan keberatannya, pasti aku memberatkan aku dengan tanggungjawab.Daya kerja yang sungguh mengkagumkan sesiapa yang melihatnya. Pasti semua orang terfikir si En. Wasabi ini sangat ‘workholic’ orangnya.
En. Wasabi kini tinggal di Jalan Semarak, KL sejak Januari 2006 hingga kini. Masih tetap di tempat lama, cuma aksessori atau perabot dalaman rumah En.Wasabi telah banyak perubahan. Rumah En.Wasabi masih sejuk dan semakin hari akan bertambah sejuk, terima kasut pada penghawa diri berkuasa kuda laut dua biji itu. Aku sungguh benci akan masalah yang En.Wasabi libatkan aku. Tanpa sebarang pelawaan dan permintaan aku terlibat sama sekali dalam kancah masalah En.Wasabi ini. Secara komunikasi pon sudah membawa masalah kerana masing-masing tidak berapa memahami apa yang dituturkan.
Masalah En.Wasabi ni seringkali melibatkan orang ke-3 dan orang yang ke-3 ni yang selalu menekan dan memaksa segala masalah diselesaikan dengan segera tanpa mahu mengambil tahu kesusahan untuk menyelesaikan masalah ini. Tanpa mereka sedari, masalah yang berlaku ini sudah berada di luar kawalan aku, dan telah melepasi batasan atau limitasi aku untuk menyelesaikannya. Haih, senang je orang nak cakap apa, tapi susah payahnya orang amik kisah???
So kepada En. Wasabi, kali ini anda perlu masuk wad pembedahan yang kritikal dan ini bakal menentukan hidup mati anda, tetapi sekaligus ia juga merupakan penentu hidup mati aku juga. Masuk bilik pembedahan ni tahulah kau nanti, smua harddisk kau akan aku ceraiberaikan, segala wayar-wayar yang berselirat akan aku cabut. Segala yang ada sekarang akan ku ganti dengan perkara yang baru dan segala teknologi akan ditukar kepada yang baru. Bersedialah wahai Server Storage Wasabi.
Mangkuk Tingkat
Aug 12th

Mangkuk tingkat itu ada yang tingkatnya sungguh bertingkat-tingkat, ada yang hanya 2-3 tingkat. Biasanya mangkuk tingkat paling popular adalah 3 tingkat. Semakin bizikah aku? atau semakin hilang seri dan minat untuk terus mengupdate blog ini dengan entri-entri baru? Lets recap apa yang berlaku sejak 4 Ogos yang lepas.
KERJA
Semakin stress, dengan beberapa tanggungjawab baru dan beberapa masalah kritikal yang semakin berlarutan. Aku diperlukan untuk berinteraksi dengan manusia yang mana merupakan perkara yang aku tidak mahir. Hubungan aku ataupun interaksi aku dengan homo sapiens / manusia / orang yang pertama kali aku jumpa sememangnya SUCKS! Aku tiada idea, aku buntu untuk memulakan perbualan. Inilah sebab mengapa aku bukan seorang yang suka mengorat ataupun seseorang yang ramah mesra berkenalan dengan perempuan mahupun lelaki. Jadi, gadis-gadis diluar sana anda perlu membuat langkah pertama jangan ditunggu langkah pertama dari aku.
Beberapa masalah teknikal sedang dalam proses untuk pembaikan dan mungkin akan membuatkan aku sibuk sepanjang minggu ini. Masalah peribadi ialah dari segi prestasi kerja aku yang aku dapat rasakan dalam era menurun dan menjunam. Aku dapat rasakan setiap hari ke tempat kerja tiada motivasi diri, tiada semangat untuk bekerja dengan sepenuh perhatian. Aku perlu lakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali semangat yang hilang ini.
FHOTOGRAFI
Semakin bertambah baik dan memberangsangkan, walaupun tak banyak job yang datang tapi aku bersyukur ada yang menghargai dan memberi galakan kepada aku termasuk famili aku. Baru-baru ini aku telah mendapat job untuk shoot wedding pengacara Wanita Hari Ini (WHI) Nor Azzura Azizul Azman dan pasangannya Zain Azrai bin Zaa’ba. Terima kasih Senikatawati atas peluang in, we really appreciate it. Projek ini adalah koloborasi antara Fuzuri Design dan OB Photography.
Berdebar rasanya kerana ini antara job yang besar tanggungjawabnya, dan ianya berlangsung pada 080808 untuk nikah, 090808 persandingan sebelah perempuan dan 160808 persandingan sebelah lelaki pula. Sepanjang event ini, aku ditugaskan untuk meng’cover’ persiapan di sebelah pengantin lelaki Zain. Terima kasih atas segala layanan mesra oleh keluarga Zain, terasa segala kekok semakin berkuranga. Syukur alhamdulillah, Sabtu ini, bertempat di ampang persandingan sebelah lelaki pula, kena bersiap sedia.
HIDUP
Semakin serabut, kalut, serabai, mampai (Judo ske sebut ini) , dan tidak tentu hala.Beberapa kejadian yang tidak sedap telinga mendengar, tak manis mata memandang telah membuatkan hidup aku semakin kelam dan sunyi. Tapi aku berjanji untuk mencari penyelesaian bagi semua ini.
Aku Malas!!!
Aug 4th

Yes, sejak kebelakangan ini aku malas nak update entry. Tak tahu kenapa, mungkin kerana rutin hidup yang makin busan, yang makin memenatkan. Tetapi aku akui, blog ini merupakan satu tempat yang dulu pernah dijadikan sebagai kawan rapat. Tempat meluahkan segala perasaan berkecamuk, memaki hamun, berkongsi cerita gembira. Kini, aku semakin memahami kehidupan ini, walaupun bukan memahami segala-galanya namum cukup untuk aku membuat resolusi baru untuk diri aku. Selalunya aku hanya menunggu satu “turning point” untuk aku membuat perubahan, sekarang aku yang perlu membuat “turning point” itu sendiri.
Pelbagai pengalaman baru telah aku jumpa dan lalui membuatkan aku lebih kuat dari sebelum ini. Pelbagai peristiwa yang menguji jiwa juga berlaku. Kawan-kawan datang dan pergi, kawan-kawan yang datang menikam, pergi tertawa riang. Hey, kawan-kawan aku semua, aku doakan kamu semua bergembira, berbahgia dan sentiasa senang hidup hendaknya. Bersabar dengan apa yang mendatang oke.
Upload Urbanscapes 2008 pics
Jul 14th

Yah, hari ni berjaya upload gambar-gambar yang diambil di Urbanscapes 2008. Belek-belek gambar-gambar tu, terfikir pula lama sudah tak mengambil gambar anak-anak muda yang buat live performance macam ni. Terlalu bizi gamaknya aku ini dengan hal-hal lain.
Hari ni kembali dari kampung, melihat keadaan ayahku yang 2 minggu lepas diserang sakit jantung hingga ke ICU. Sudah sehat namum masih memerlukan perhatian sepenuhnya. Kali ini aku meminta SLR filem, Yashica FX-7 milik ayahku untuk ditukar milik kepadaku dan sah, ianya milikku.
. Lepas ini mari berjinak-jinak dengan SLR filem dan tidak lupa juga LOMO Melissa
. Oh ya, Urbanscapes@Flickrku.

Komen Terkini