Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Umum
Umum
2012 is coming!
Dec 29th
Hello kumbangs!
2012 is just around the corner, well lama gila tak update this blog. Bersawang-sawang dah hahaha….well lately malas nak update blog, malas menulis sebab macam dah takda masa lah rasanya. Actually banyak je event-event yg berlangsung tapi tak diupdate disini. Sejak #OctTwtFest hari tu, ada #TwtAkustik ada #TwtupTwilight ada #GBKacaMataHita, #GBPAJAMAS dan yg latest sekali #BOCO11 .
Nanti kalau ada masa akan diupdate ke dalam blog ini ok.
lately ni tengah cari inspirasi, mencari diri yg lama, yg kental tapi nampaknya tak jumpa pon. So #Azam2012 ni nak kembali dengan kehidupan yg penuh menarik dah gembira
.
InsyaAllah… doa2kan ok… SELAMAT DATANG 2012!!!
#OctTwtFest – We Broke The World Record!!!
Oct 31st
Okay, sorry kumbang semua, lama gila and lambat gila baru nk update pasal #OctTwtFest. so #OctTwtFest ni berlangsung dgn jayanya walaupun kemungkinan org cakap preparationnya agak lambat, tapi atas kesungguhan ahli komitee #OctTwtFest ni alhamdulillah smuanya berjalan seperti yang dirancang
.
Percubaan untuk memecahkan rekod dunia sbg event yg mengumpulkan para tweeps teramai sekali secara tak rasminya telah berjaya iaitu dengan 2615 tweeps, berbanding rekod dunia 1935 tweeps. Sekarang ni apa yang tinggal hanyalah beberapa bukti rasmi dalam bentuk gambar dan video yg akan diserahkan dalam minggu ini. So far apa yang nk dikatakan event ini adalah berjaya kerana berjaya menarik ramai org untuk datang tidak ketinggalan juga ramai juga artis turut serta.
Antara artis yang hadir ialah Lisa Surihani, Maria Farida, Miss Fazura, Intan Ladyana, Ainul Aishah, Dynas, Fouziah Ghaus, Natasha Hudson dan lain lain lagi. Antara artis2 yang turut sama membuat persembahan pada hari tersebut ialah One Nation Emcees, Altimet, Joe Flizzow, Fazley Yaacob, Imran Ajmain, Phlowtron,dan ramai lagi.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ketika event itu adalah Karaoke, movie marathon, PES competition, card game, board game, traditional game, and also the bazaar. Enjoy the pics ok
THANKS DIGI
for more pics pls go to OB FhotoDesign















#GBRaya Extravaganza
Sep 27th
Assalamualaikum,
Alhamdulillah event yg nama giler gempak ni berjalan lancar, dan kehadiran amat memuaskan. Terima kasih kepada semua yang hadir, yg datang berbaju raya lawa-lawa menawan anggun. Terima kasih kepada para performer yang sudi menghiburkan kita ketika berhari raya. Terima kasih warga #twitterjaya yang juga turut sama datang memeriahkan, @karrotgold @faliqfahmi @ainaazizi @zullicious @hariznasir @aizadfahmy @shezzlah @Luna_Rahman, @AinZulkifly, dan ramai lagi…
Terima kasih kepada performer yg menyumbangkan suara iaitu, Syai n Fren, Glasgow Ballet, Azreel Azhar, The Siblings , Hepi Lille dan Captain G. Ada beberapa performer kita pada hari itu gagal menghadirkan diri walaupun cuba untuk datang seperti Acid Hadi yang terikat dengan tugas serta EPIK juga.
Macam biasa seperti event sebelum ni, event yang dijadualkan bermula 8.30pm akhirnya bermula lewat kira-kira 9.40pm baru bermula. Seperti yang diberitahu setiap performer wajib membawakan sekurang-kurangnya satu lagu raya dan ianya disambut baik oleh semua performer. Kemuncak acara ini ialah King n Queen of #GBRaya yang di menangi oleh Adi Wafi dan Izni Ismail.
Terima kasih atas sokongan anda sehingga kini, semoga dapat bertemu anda semua yg dari dulu tak jemu-jemu menyokong kami di Gravy Baby!.
















P/s – dtg lagi eh
Hulur Tangan, Kongsi Jiwa
Aug 25th
Sepanjang Ramadhan ni macam yang aku cerita sebelum ni, MALAS GILER nak update new entry. Tapi menjelang tinggal esok je yang aku maybe ada internet maka tetulislah entry baru yg bakal merumuskan aktiviti sepanjang RAMADHAN.
Di bulan Ramadhan ni hati kita terpanggil untuk berbuat kebajikan, bantu apa yang mampu tolong apa yang patut. Disepanjang bulan Ramadhan ni aku dengan budak-budak AKAR ada satu projek, iaitu mengumpul keperluan asas serta duit untuk membantu Pusat Jagaan OKU Nur yang menempatkan warga emas dan OKU mental. Rumah ini terletak di No.17, Jalan Kuantan, OFF Jalan Pahang, Sek 86, Taman Tasik Titiwangsa,53200 Kuala Lumpur.
Operasi bermula dengan bermulannya pengumpulan bahan-bahan keperluan asas seperti makanan, sabun, serta pakaian di pusat pengumpulan Gravy Baby!, terima kasih kerana memberikan keizinan. Perlahan-lahan makin banyak barangan terkumpul di GB begitu juga kutipan derma juga amat memberangsangkan. Terima kasih kepada sesiapa yang secara langsung atau tak langsung membantu menjayakan projek ini. Terima kasih kepada mereka yang menyebarkan info mengenai Pusat OKU Nur ni, terima kasih kepada mereka yang mendermakan sedikit sebanyak apa yang dpt dikumpul dan terima kasih kepada mereka yang terlibat dan ikut serta ke Rumah OKU Nur ini pada 21hb Ogos lepas.
Secara umumnya, Rumah OKU Nur ni mempunyai penghuni tidak sampai 20 orang termasuk penjaga mereka, Pn Normah Binti Safar. Rombongan kami bermula dengan berkumpulnya warga AKAR di GB kira2 pukul 3ptg untuk tugas menyusun barang di dalam kenderaan untuk dibawa ke rumah OKU Nur ini. Selesai shj menyusun barang dalam kenderaan kami semua bergerak ke rumah OKU Nur dengan ahli seramai lebih kurang 30 orang dan tiba kira-kira pukul 4.30ptg.
Setibanya di sana kami disambut dengan penuh kejutan kerana Pn. Normah sengaja merahsiakan kedatangan kami atas beberapa sebab tertentu, dan sebenarnya itu adalah yang terbaik dari membiarkan mereka terlalu mengharap ada org yang ingin melawat mereka
. Sampai shj, kami terus memindahkan barang-barang tadi ke dlm perkarangan rumah OKU Nur dan ahli perempuan terus membawa masuk baju-baju hasil derma untuk sama-sama mengagihkan pakaian tersebut.
Sebahagian dari kami pula, bergegas ke bahagian dapur untuk mengemas dan menyusun semua barang-barang yang dibawa tadi. Selesai menyusun, membasuh dan membersihkan kawasan perkarangan rumah ini, beberapa ahli keluar untuk membeli juadah berbuka puasa. Sementara menunggu waktu berbuka puasa dan menunggu kepulangan ahli yang membeli juadah itu, kami bermesra dan menghiburkan mereka disana dengan muzik dan gelak ketawa. Sampai shj juadah kami pon bersiap untuk mennghidangkan juadah itu dan berbuka puasa bersama-sama.
Semoga apa yang kami lakukan kan sekarang akan dapat kami teruskan untuk masa-masa akan datang amin!















Komen Terkini