Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Umum
Umum
Interview day
Aug 11th
Hai kumbang api,
Bulan puasa ni takde mood sangat nk update blog ah, btw… petang nnti pukul 3pm aku ada job interview kat PJ8. Cuak gila seh, sebab da lama giler tak pegi interview ni. Hope I’m doin well, wish me all da best ok!
Salam Ramadhan 1432
Aug 4th
Assalamualaikum,
Salam ramadhan,
Lately tak larat rasanya nk update blog, alasan utama sebab skrg mengantuk sangat nk menaip ni. Takpelah kita cuba jaya je aa hari ni cuba nak menaip ni. Ok, event yang dah lepas, antaranya Akar BerTUJUH, dan Acoustic Night at Gravy Baby! Hari ni hari ke-4 umat islam menunaikan kewajipan berpuasa
. Alhamdulillah setakat ini takda komplikasi apa-apa. Sepatutnya entry ni di post smlm lagi tapi akibat kemalasan yang meninggi-ninggi semalam tersimpan entry ni dalam draf.
OK mari bercerita pasal Akar BerTUJUH, diberi nama sedemikian kerana di langsungkan pada bulan Julai / 7 … AKAR ini satu-satunya event yg boleh dikatakan paling cool sekali, sempoi dan sgt rileks. Tanpa muzik2 keras, tanpa hiruk pikuk penonton yg menggila dan sebagainya. Nantilah aku ceritakan lebih lanjut pasal AKAR ni ok. Macam biasa Akar bermula lewat sedikit daripada yang di rancangkan namun semuanya berjalan lancar. Performer dariAkar BerTUJUH hari itu macam biasa ada 3 sessi, lontaran kata (puisi), gurindam jiwa (akustik) dan layar (tayangan short film). Ini senarai mereka yang terlibat dalam menjayakan Akar BerTUJUH :
Gurindam Jiwa :
Log Out Official
Mohd Ikmal
Cherita
Khairul S
zaha aziz
Lontaran Kata :
Aiman Nazirmuddin
Perewa Junior
Fahmie Freakmie
Sudut Gantung :
GTS PhotoGrafiq
Layar Seni :
Lawan

Terima kasih pada yang datang pada yang membuat persembahan, kami minta maaf sekiranya berlaku kesilapan teknikal dan perkara-perkara yang mengganggu ribuan ampun dan maaf kami pohon terlebih dahulu.
#HarimauMalaya
Jul 29th

Well semalam merupakan hari yang bersejarah bagi sukan bolasepak negara, walaupun negara kita gagal untuk melayakkan diri ke pusingan kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 namum sokongan yang terhasil dari rakyat malaysia sangat mengharukan. Satu stadium bukan penuh smua seat, tapi penuh semua ruang, tangga lobi dan mana-mana ada ruang lah. Begitulah sokongan yang diberikan oleh rakyat malaysia kepada #HarimauMalaya
.
Semoga sokongan ini berterusan dan kepada UltrasMalaya terima kasih kerana sentiasa ada di sana,
Dan semalam 28 Julai 2011, aku berbangga kerana aku diantara lebih dari 100ribu rakyat malaysia yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyokong #HarimauMalaya.:P
To #HarimauMalaya teruskan berjuang kami ada bersama2 anda. Teruskan improve, baiki segala kekurangan, mantapkan segala-galanya. InsyaAllah kita bertemu lagi di SNBJ
Love uols

Updated : Rock The Youth
Jul 21st
Line up n Time :
Slot 1- 1.45pm
Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob
Keladak
The Fridays
Seconds To Collide
Goodbye 20th Century!
Wani Ardy
Orkes Rakyat Tertindas
Instake
Beeha
Couple
Partimelovers
Slot 2- 5.00pm
Maharajah Commision
Harmacy
Ben’s Bitches
Society
Massacre Conspiracy
Amirah Ali
Slot 3 – 8.00pm
Akta Angkasa
Space Gambus Experiment
Nik Nazmi
Diandra Arjunaidi
Liyana Fizi
An Honest Mistake
Khottal
Tilu
Monoloque
PETA KE LOKASI
http://www.3kinn.com/images/map_big.jpg
Pengangkutan awam
dari KL, sila naik Rapid KL U63 dari Pasar Seni dan berhenti di Komplek Sukan 3K, Persiaran Kewajipan
atau naik Komuter KTM ke Subang Jaya
dari KTM Komuter Subang, boleh naik bas Rapid KL T523 di hadapan carrefour dan berhenti di Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan
dari KTM Komuter Subang, boleh juga naik bas mini pink dan berhenti di Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan
dari Klang atau Shah Alam, sila naik Rapid KL U62 dan berhenti di hadapan Kolej Metropolitan, Kompleks 3K hanya 200 meter berjalan kaki
Source kredit to : Frinjan


Komen Terkini