Umum

Umum

Events On May 2011

Wah lama giler tak hapdet sini, bahahaha sebenarnya selalu lupa nk update apa2, tapi sekarang ni rasa-rasa memang kena update selalu lah, kalau tak mesti senang nak lupa perkara-perkara menarik yang berlaku.

 

so ini list May 2011 yang kemungkinan besar aku akan hadiri :-

Time
Friday at 8:00pm – May 14 at 12:00am

Location
Laman Budaya, Shah Alam

AKAR kembali lagi pada bulan Mei…Tema pada kali ini ialah ‘IBU’….

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 0133850944 (syai) atau 0172040420 (cici)..jgn sms atau misscall..mmg takkan dilayan..ehhehe mekaseh!

jgn lupa!dtg berbaju kurung,atau berkain pelikat atau berkain batik dan menutup aurat!jgn seksi2!..sleeveless2, sluar pendek sgt tidak digalakkan sebenarnye!

dtg awal kol 6 atau 7 pun cun..bleh tambah pahala hari jumaat tu dgn bergotong-royong dgn kami..ehhehe..

barisan pendokong AKAR berLIMA ‘untuk mu IBU’
(13 Mei 2011)

gurindam jiwa:
1. acid hadi & band, azreel azhar
2. najho
3. gloria
4. (syukri borhan/kerusi sepi/ermie) open mic
5. (wani ardy/fynn jamal) open mic

lontaran kata:
1. komunis puitis
2. fahmee
3. mk farhan

sudut gantung:
1. Chapters Images & Friends

 

——————–

 

Time
Saturday, May 21 · 8:30am – 9:00pm

Location
Galeri Seni Shah Alam

INSYA ALLAH, akan menjadi sejarah didalam dunia penggiat seni Malaya…satu rencana yang akan meninggalkan kesan yang abadi…Pameran karya fotografik dan juga fotografi, art installation, art booth, art movement, art people, art day…Dijangka 3000 belia akan berkumpul di hari kejadian…AKAR akn tetap menemani dan bersedia bergurindam jiwa, melontar kata buat semua pengunjung…

AYUH..! kumpulkan semua anggota dan pejuang-pejuang seni merata, kita gegarkan galeri seni shah alam kerana serumpun kita bersatu dan dengan bahasa kita sekata…

Selaku penganjur bersama, AKAR, dengan sukacitanya ingin membuka penyertaan kepada penggiat-penggiat seni yang sudi berkongsi karya bersama kami di slot GURINDAM JIWA dan LONTARAN KATA…kami juga akan membuka penyertaan untuk ruangan jualan, sukarelawan LAKSAMANA BUNYI-BUNYIAN dan juga sukarelawan acara…

Ada yang berminat ??? boleh tinggalkan pesanan kalian disini atau boleh berhubung terus dengan : 013-3850944 (syai)

Gurindam Jiwa : lulus..!

1. pesawat
2. adzim
3. muhibbah
4. monalyssa
5. wani ardy

Gurindam Jiwa : harap diperkenankan..!

1. otam
2. azreel azhar
3. acid hadi
4. gloria
5. syukri borhan
6. tri
7. pendekar bambu
8. paradoksband

Lontaran Kata : lulus..!

1. kerusi sepi
2. honey bie
3. bro bob

Lontaran Kata : harap diperkenankan..!

1. fynn jamal
2. komunis puitis
3. dhaima
4. bob cincinsuasa
5. petak

 

ok jumpe kat sana ok :)

 

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
DSC_0835

Update Ringkas

currently working on…upgrading..

1. http://www.prstnkn.com
2. http://www.waniardy.com
3. http://www.omarbahrin.com

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Majlis Pernikahan Aini Jasmin <3 Oat Halim

Hai Kumbang Api semua.

Kali ni entry smua happy-happy je sebab bulan september 2010 adalah bulan jiwa bersatu, hati bertaut, berkongsi kasih. 24hb lepas, aku menyaksikan majlis pernikahan jasmin dan oat walaupun majlisnya diadakan secara kecil-kecilan dan menjemput saudara mara serta rakan rapat, meriahnya berganda-ganda.

Disini juga terjadinya reunion kami DFJJ,  yang mana aku kenal mereka semua ini dari sebuah blog gambar Digital Fhoto Jeritan Jiwa.  Terima kasih tidak terhingga pada Along yang memperkenalkan blog ini pada aku.  Di sini aku kenal Jasmin,  kemudian kenal Beck, Nizam Nuri, Ikmal Ibrahim, Hellmy Firdaus,  Mummoze, Suessy, Surie, Arief, Jarri, Wunk, Musashi, Baliomega, Bella, IcedNyior dan ramai lagi. Dan Jasmin jugalah yang memperkenalkan aku kepada Wani Ardy, dan aku lihat friendship networking aku makin besar masa demi masa. Terima kasih korang semua. Oat pulak aku kenal semasa Hari Bintang Jatuh ’08 di Red Bungalow dari wani dan jasmin :D . Then fynn dan tri pula kenal daripada wani :D .

Well, apapun Tahniah dan Semoga Berbahagia kepada Jasmin & Oat :D . Semoga korg suksess selalu. :D

p/s – Gambar akan diupdate kemudian :P , disusuli entry HBJ’10 plak lepas ni :P

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare

Reboot.

Hello Kumbang Api,

Hari ini penat menanti, penat mahu menyusahkan orang lain juga, terasa jika meminta pertolongan orang lain sekaligus orang lain itu juga akan disusahkan. Jadi baiklah menangggung kesusahan itu sendiri. Bukannya masalah itu takkan selesai cuma proses penyelesaian itu agak lama. Tapi itu lagi elok dari membuat orang membenci.

Nak bagi orang suka dengan kita pon susah, sebab manusia semuanya berbeza, ada suka yang ini, ada suka yang itu, ada yang mudah terasa, ada yang kebal, ada yang memang tak kisah dan betul-betul ikhlas, ada yang kisah dan tak ikhlas. Pendek katanya cuba jaya sahajalah, nasiblah kalau orang itu dapat terima aku atau benci aku selamanya. Ataupun orang itu bijak berpura-pura kononnya ikhlas berkawan. Dari segi memilih kawan ini, pada zaman sekarang ni susah nak pilih kawan yang betul. Sebabnya semua sudah pandai berpura-pura, pandai berlakon, kadang-kadang sampai tak percaya sebaik itu lakonan duniawi sekarang. Tapi percayalah dari ramai-ramai rakan-rakan itu ada yang betul-betul ikhlas dan ada juga yang pakar berlakon. Semua tu aku dah lalui walaupon aku rasa masih hijau lagi usia aku kat dunia ini, masih tak layak dikatakan aku memahami segala pasal dunia ini.

Semalam aku diberikan sedikit ujian dunia, tak tertahan rasanya sungguh azab. Alhamdulillah sekejap sahaja, tapi aku rasa betul-betul membuatkan aku sentiasa ingat, nikmat dunia ini mudah sahaja hilang, dengan kuasa-Nya, maka bersyukurlah sementara masih memilikinya. Alhamdulillah…

Kerja-kerja fotografi aku juga sudah berkurangan di post di alam internet ini, mungkin sebab aku masih tercari-cari apa yang aku sebenarnya nak. Tapi aku tau aku berada di landasan yang betul. Apa yang aku tau, aku gembira bila setiap gambar yang aku ambil itu ada yang suka, menghargainya, cukup bagi aku.

Hujung minggu ini padat, majlis pernikahan kawan-kawan rapat aku, yang selama ini membuatkan aku tidak keseorangan. Aku gembira semestinya, dan insyaAllah aku akan berada disana untuk sekeping dua gambar kenang-kenangan. jumpa nanti ok Kumbang Api :D

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes