Luas giler dunia!

DSC_6741Helo kumbang-kumbang semua. OB masih aktif mengambil gambar, cuma kurang mengambil gambar perkahwinanan. Tapi menjelang Mac 2010 ni, ada 2-3 job sudah menanti.

Walaupun macam tu, OB tetap outing kadang-kadang dengan Fuzuri Design, Judo tag mana-mana event yang berkesempatan. Projek baru da masuk kat opis dan nampaknya bakal meragut masa lapang OB. Bakal menuntut fokus dan tenaga yang tinggi. Tapi jangan risau, fhotografi ini akan tetap diteruskan. Dah minatkan, nak buat macamana.

Ok, baru-baru ini baru selesai dengan 3 album sticky Azma <3 Azlan. Sekarang dalam proses untuk menyiapkan 3 custom, takde idea nih, tu yang sangkut nih. Satu custom untuk Fazrul Izwan, satu untuk Rashid dan satu lagi untuk kak Azma, insyaAllah semuanya akan siap dalam 2-3 minggu :D .

P/S : Gambar bersama Haniee San (mem Judo), dan judo kelihatan dibelakang ketika sessi pre-wedd client FD.

ehemmm pakai lens 10-20mm …wide giler dunia:D

Welcome Nexus One

nexus one

Yeah! Nexus One yang ditunggu-tunggu telah muncul. Kepada sesiapa yang tak tahu mengenai kehadiran telefon bimbit ini, kenalkan Nexus dari Google. Sekian lama Google dan Apple sebelum ini banyak bekerjasama dalam membangunkan aplikasi. Namun setelah beberapa perselisihan pendapat, Google telah keluar dari pakatan ini. Kini  Google telah mengembangkan lagi pasaran meraka dari sekadar enjin pencari – www.google.com , kepada pelayar web – Google Chrome , kemudian sistem operasi – ChromeOS dan terbaru ialah telefon bimbit Nexus One.

Nexus One yang dicipta oleh Google ini dikatakan bakal menyaingi telefon bimbit Apple yang terkenal iaitu iPhone berdasarkan beberapa kaji selidik. Nexus One ini menggunakan sistem operasi Android yang mana sebelum ini pernah dipakaiguna oleh HTC. Beberapa web telah membuat perbandingan antara Nexus One dan iPhone dan ternyata Nexus One mampu menyaingi iPhone.

Masalahnya sekarang, adakah Nexus One ini akan sampai di Malaysia??? Siapa yang akan berusaha membawa masuk Nexus One ini ke Malaysia???

Tagged with:
 

We’re back!Bigger and stronger :P

DSC_0045

Haha, tak ada apa sebenarnya cuma DFJJ, ataupun nama panjangnya Digital Fhoto Jeritan Jiwa dalam proses pemulihan setelah hampir setahun tidak beroperasi. Pada awalnya, DFJJ di hostkan di www.persetankan.com, tapi atas beberapa masalah teknikal domain itu terpaksa dibiarkan kosong buat sementara waktu. Selain itu DFJJ juga ada projek baru yang bakal diperkenalkan apabila sudah bersedia. Buat sementara ini mungkin kami akan menggunakan kembali buat sementara waktu blogspot lama kami, www.persetankan.blogspot.com.

Selain itu aku juga merancang sesuatu dengan beberapa rakan fhotographer aku, untuk sesuatu projek yang baru. Sudah lama rasanya tak betul-betul mengabdikan diri untuk blog, sedangkan dunia blog ni banyak memainkan peranan dalam hidup aku. Harapan aku semoga aku terus aktif dalam dunia blog ni, semua projek-projek aku berjalan lancar dan semoga semua warga DFJJ yang hilang bersama Persetankan.com itu kembali menyokong kami. :D

Oh ya, untuk pengetahuan semua baru sahaja 2-3 hari ini aku aktif dengan twitter. Hahaha, rasa macam ketinggalan sungguh sebab pada ketika ini aku masih terkial-kial memahami semua ‘tweet’ yang ada. :P Tapi jangan risau, aku kalau berkaitan dengan teknologi terkini ni, aku memang fast learner. :P

Hari ini saya bosan

DSC_3963

Sekali lagi cuba menaip di blog kumbang nih, sedangkan kerja melambak-lambak gamaknya. Sejak akhir-akhir ini aku banyak berfikir. Fikir masa depan, fikir masa silam, fikir masa sekarang. Teringat zaman dulu-dulu seawal menapak dalam blogspot, tak ramai kawan blog lagi. Hasil dari dorongan along, aku mula menaip di edt83.blogspot.com. Dulu-dulu blog ni gunanya untuk melepaskan geram, meluahkan perasaan aku, samada marah, suka, cinta tensi smua kat sini berkubur. Sekarang aku fikir-fikir, blog aku ni bole dijadikan senjata untuk melawan aku balik. Tatau la kot-kot ada rahsia kerajaan yang aku bocorkan, ke rahsia peribadi aku ke terbocor time tengah-tengah emo tu.

Dulu rajin menaip di blog, melayar,merayau, menelek-nelek blog org lain. Memang masa tu rasa macam ramai giler kawan-kawan kat internet, update jeada orang komen. Tapi tu time belajar, macam banyak masa untuk menaip, sekarang ni macam takde masa kononnya untuk update blog ke hapa ke. Tapi sebenarnya mungkin ketepuan hidup dengan rutin harian yang membosankan. Sekaligus mempengaruhi minda dan perangai ~ malas~ .

Rasanya ramai juga rakan-rakan blog yang lain juga kecundang, hilang tanpa jejak, bertukar identiti baru dan macam-macam. Bole tak kalau azam tahun ni adalah memperbanyakkan post di blog berbanding tahun lepas. Oh yes, tahun 2009 cuma 35 post shj. Yeah! mari capai azam tahun ni, ahhahahah…

Yes, malam ni sila hapdet blog lagi ok. Chow! kumbang-kumbang smua… :D

 
6 visitors online now
6 guests, 0 members
Max visitors today: 7 at 10:05 am MYT
This month: 16 at 03-06-2010 08:30 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT