Today is my day

Uh!!!….bersawang-sawang da kat sini.
ok taipan pertama di umur baru. Hari ni ketika dalam perjalanan ke pejabat di SS15, terjumpa lagi beberapa makhluk yang bodoh dan akhirnya menyusahkan orang lain.

Dua orang yang menaiki motorsikal terpaksa menolak motornya kerana kerosakan. Masalahnya perlukah menolak motor dan berjalan memenuhi ruang jalan motorsikal itu?
Kesudahannya, aku nyaris melanggar mereka berdua, namun sempat memperlahankan kenderaan dan membunyikan hon, malangnya motor dibelakang aku tak sempat mengelak dan melanggar si pembonceng. BODOH!!!!

Lepas tu, ada pakcik ni plak bawa motor perlahan-lahan, sambil menelefon, err, lama-kelamanaan terlalu syok sangat hampir ke tengah-tengah jalan, nasibbaik sempat mengelak dari melanggar.

Jadi tu lah permulaan hari ini, not so good but not bad either :D

bye!

 

Dear Kumbang Api, 26032010

Dear kumbang api,

jangan marah sebab bersawang dah blog ni dek angkara si labah-labah. Buat beberapa ketika kesibukan melanda kehidupan aku. Mengubah rutin harian, menjana pemikiran lebih pada otak tapi apapun aku masih stabil.

Hampir sebulan tanpa sebarang post, coretan kali ini sekadar mengemaskini kehidupan harian aku. Aku sehat, masih tercari-cari kumbang seksi yang satu, hahaha.

err..tatau nak tulis pe lg, so sampai disini dulu buat masa sekarang!

Bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzztttt!

 

Dear Kumbang Api, 03032010

Selamat pagi Kumbang Api,

Aku bangun agak awal juga, kerana ada jemputan untuk menghadiri majlis/seminar berkenaan produk baru Huawei yang bertempat di Berjaya Times Square.

Sekejap lagi aku bakal bergerak ke pejabat untuk menghantar reket badminton dan beberapa peralatan lain, ya petang ni ada badminton lagi. Dalam 8.30pg aku dan atok akan ke BTS untuk menghadiri majlis ini dan berakhir dalam 1.30pm. Setelah itu, rasanya aku akan terperuk di pejabat sehingga tamat waktu berkerja.

PHP + MySql, itu yang aku lakukan sejak kebelakangan ini setelah lama tak buat perkara ini. Rasa-rasa macam dah tak ingat langsung coding semua tu. Ok, nk bersiap… jumpa lagi okeh :P

Shah Alam, 7.48am

 

Dear Kumbang Api 02032010

Dear Kumbang Api, 2 Mac 2010 – 10.21pagi

Hari ni bangun lewat… kiranya bangun saja jam sudah menunjukkan pukul 8.50pagi. Ternyata keletihan membuat album kahwin malam tadi bercampur kegelisahan tidur betul-betul meletihkan tubuhku. Aku bangun dan terus membasahkan diriku  dengan air yang aku sangkakan sepatutnya sejuk, tapi dengan keadaan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini air tangki ini juga terjejas kesejukannya. Tiba-tiba aku terkenang air kolah yang sejuk di kampung tempat kedua ibubapa aku tinggal sekarang. Selesai sahaja mandi, aku bergegas ke hadapan komputer dan menyemak beberapa aplikasi di Facebook. Menyelesaikan beberapa urusan tak rasmi di Facebook, kemudian aku bersiap dan bergegas ke pejabat. Berpakaian kasual, t-shirt warna coklat cerah berbelang-belang di dada nampak sangat ringkas dan tidak seperti pekerja pejabat yang lain.

Perjalanan ke pejabat mengambil masa kira-kira 15-20 minit dalam keadaan sedar dan mahu lekas sampai, ataupun 20-30 minit, dalam keadaan mamai dan malas nak sampai. AKhirnya tiba di pejabat kira-kira pukul 9.40pagi, 40 minit lewat dari yang sepatutnya dan terus ke Restoren Omok. Kata hati “Alang-alang lewat, apa kata kita singgah Omok dulu, beli minuman dan makanan”. Selesai urusan di Restoren Omok, naik ke pejabat dan terus ke tempat duduk. Sekarang pukul 10.32 pagi, menaip jurnal harian ini dan belum bersarapan lagi. Ok, mahu bersarapan sebentar, insyaAllah nanti sambung jurnal ini. :D

 
8 visitors online now
8 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 12:22 am MYT
This month: 26 at 07-06-2010 02:20 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT