ce3

Review Filem : The Cutting Edge 3, Chasing The Dream

Hai, mulanya era baru blog aku ini dimana setiap hari ade kategori gaya penulisan dan ini mungkin bermaksud blog ini akan diupdate setiap hari kecuali diberitahu sebaliknya. Hari ini Rabu, aku menulis tentang hiburan, filem, tentang review filem yang aku tonton.

Filem minggu ini bertajuk The Cutting Edge 3 : Chasing The Dream

Pengarah :Stuart Gillard

Lakon Layar :Randall M. Badat

Penceritaan :Susan Estelle Jansen

Tarikh :16 March 2008 (USA)

Pelakon : Matt Lantern (Zack Conroy), Fracia Raisa (Alejandro Deldago)

Nampaknya ini adalah sekuel ketiga ataupun mungkin pembuatan semula ketiga kerana aku tak tengok yang pertama dan kedua. Filem pertamanya The Cutting Edge merupakan edisi original yang asli dan dikatakan edisi kedua teruk dan untuk yang ketiga ini 3 1/2 bintang diberikan oleh aku setelah aku melihatnya 2-3 kali :P . Kisah tentang seorang peluncur ais yang terpaksa bertukar pasangan kerana pasanganya sebelum ini tercedera. Matt Lantern berlakon sebagai Zack Conroy yang merupakan antara peluncur ais yang bagus berpasangan dengan Celeste (Sarah Godon). Dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan dunia, semasa latihan Celeste dan Zack kemalangan dan menyebabkan pergelangan kaki Celeste retak dan memerlukan masa yang panjang untuk pulih.

Sebagai alternatif, Zack dicadangkan untuk berpasangan dengan peluncur ais perempuan yang lain. Pada masa inilah munculnya Alejandra Delgado, pemain hoki ais yang cantik, lincah dan pantas dalam bermain hoki ais. Walaupun begitu, jurulatihnya tidak bersetuju dan akhirnya berhenti melatih Zack dan ini membuatkan Zack mencari jurulatih baru Jackie Dorsey yang merupakan bekas juara Ice Skating. Dalam latihan demi latihan, bibit-bibit cinta mula terbit dan ini memudahkan mereka berlatih bersama-sama kerana saling memahami antara satu sama lain.

Walaupun begitu untuk memenuhi impian mereka mencapai emas, mereka perlu berlatih satu teknik yang dinamakan The Deadly Pamchencko Jump yang mana hanya pernah diperlihatkan sekali dan menyebabkan kemalangan yang teruk pada peluncur itu. Kesudahannya Lu Pikirlah Sendiri!

Kredit : IMDb

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
img_3520cp-copy

Hai Hai Part.2

Hai kembali, :D alhamdulillah job di Terengganu berlangsung dengan baik walaupun hujan rahmat mencurah-curah turun sejak pertama kalinya tayar kereta memasuki kawasan Terengganu. Tiba di Kuala Terengganu seawal 9 pagi didalam keadaan hujan yang teramat lebatnya, namun kami sempat singgah di restoran untuk bersarapan pagi yang terletak di hadapan rumah pengatin lelaki, Syah. Menu pagi ini, alhamdulillah masih ada nasi dagang yang amat popular di Terengganu ini, juga favourite aku.

Hari pertama di Terengganu di habiskan dengan berehat sambil tidur sampai ke petang kerana hujan masih mencurah-curah dengan lancar sekali. Cuaca pon mendung sahaja, erika tak dapat beraksi kerana kesejukan asyik kena peluk rapat je erika ni dengan aku. Malamnya pula, seekor kambing akan di sembelih untuk majlis cukur jambul anak saudara Syah. Adengan penyembelihan gagal di rakamkan kerana terlalu cepat berlaku, cuma proses pengulitan dan pelapahan berjaya dirakamkan dengan jayanya. Barulah aku tau, acara menguliti lebih lancar sekiranya kita mengepam dahulu kambing ini dan ini hanya boleh dilakukan pada kambing sahaja. Pertama-tamanya, sila siat atau potong sedikit kulit di bahagian kaki kambing sebagai lubang untuk memasukkan udara. Kemudian pam udara, menggunakan pam basikal ke dalam kulit kambing tersebut. Secara perlahan-lahan badan kambing itu akan mengembang apabila udara memasuki ruang antara kulit dan daging. Kemudia acara menguliti ini di teruskan dengan menarik sahaja kulit itu dari kambing itu.

Awal pagi esoknya, 29 November 2009 hujan masih turun renyai-renyai tetapi sudah cukup membasahi tubuh ini. Aku turut membantu mengelap pingan mangkuk yang akan digunakan nanti sebelum majlis bermula. Majlis tahlil mengambil tempat sebagai acara pertama dimana kemudiannya majlis cukup jambul. Beberapa adengan juga dirakamkan, dan kira-kira pukul 1 petang rombongan pengantin sampai dan disambut dengan gembira disamping hujan mula turun dengan pantas dan lajunya. Aktivit seterusnya hanya indoor shoot dan sedikit hampa, shoot di masjid terapung dan Pantai Batu Buruk gagal dilaksanakan kerana hujan lebat.

Petang itu selepas rakaman adengan ranjang, aku kembali ke rumah tumpangan aku dan tertidur kepenatan disamping kesejukan. Bangun pada malamnya dan akibatnya tidak dapat tidur, melayan Rocky V dan akhirnya keluar ke bandar Kuala Terengganu kerana hujan telah berhenti. Rancangan asal hendak melihat masjid kristal pada waktu malam tetapi malangnya masjid itu ditutup lampunya membuatkan ianya menjadi masjid gelap. Kemudian mempelusuri ke Pantai Batu Buruk yang mana ku lihat ombaknya amat kuat dan menakutkan. Oh ya, terima kasih chik sebab membawa aku berjalan-jalan di waktu malam. Perut terasa lapar dan segera ke McDonalds kononya hendak memgisi perut, namun akhirnya hampa kerana McDonalds hanya dibuka 24 pada hari Khamis hingga Sabtu sahaja. Meneruskan perjalanan pulang, terserempak dengan 3 maknyah berpeleseran, mungkin menanti pelanggan, oh sudah maju juga KT ini sehinggakan chik pon macam tak percaya adanya maknyah di sini. Dalam perjalanan pulang singgah di sebuah kedai makan yang hampir tutup dan terserempak dengan sekumpulan muda mudi yang awek-aweknya sungguh seksi. Terasa berada di KL seketika. Setelah cuci mata dan membasahkan tekak di sini, kami terus pulang untuk tidur.

Fakta 1 : Hujan turun tidak berhenti sejak kami melintasi sempadan ke Terengganu hingga ke malam Sabtu.

Fakta 2 : Semua air yang dipesan di restoran adalah Teh Tarik sedangkan sebelum ini Teh O Ais (suhu rendah sbb hujan aje.)

Fakta 3 : Tiada gambar dirakamkan menggambarkan bandar KT dan yang seangkatanya (Hujan)

Fakta 4 : aku suka nasi dagang

Fakta 5 : Walaupun hujan lebat, tetapi semangat orang-orang kampung ini amat kuat,

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
lina-copy

Hai hai…

Lama aku tidak menulis, buntu, bizi, takde idea, takde kederat, takde inspirasi macam-macam alasan tercipta. Weekend yang lepas aku ke Johor Baru, Taman Johor Jaya. Ada wedding kawan rapat aku, Syahrizal Azmir. Secara rasminya aku official fotographer untuk mereka berdua Syah & Lina. Berat hati juga sebenarnya, terpaksa mengabaikan wedding rakan sekolah menengah yang diadakan pada hari yang sama. Tahun ni semua berebut-rebut nak kawin, seolah-olah tiada tahun depan lagi. Err.. mungkin tahun depan tiada, siapa tahu? Hanya Dia yang tahu. 

Dikesempatan ni aku nak ucapkan ucapan TAHNIAH & TERIMA KASIH, kepada pasanngan sempoi lagi sengal Syah & Lina atas termeterainya akad antara kamu berdua. Ribuan ampun dan maaf dari aku pula pada Lizawati Munaman dan pasangannya atas ikatan cinta kamu juga yang mana aku tidak dapat menghadirkan diri. Bukan kerana aku tidak sanggup melihat kau bersanding bersama bukan aku pasangan kau tapi atas janji awal-awal lagi dengan Syah. Gurau saje ye! Semoga berbahagia ke anak cucu.

Minggu ni ke Kuala Terengganu pula, reception sebelah lelaki pula letih laa nampaknya. Tapi aku menjangkakan outdoor di Terengganu menarik dan mungkin akan menghilangkan segala keletihan. :D

Google ReaderGoogle+Blogger PostShare
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes