We’re back!Bigger and stronger :P

DSC_0045

Haha, tak ada apa sebenarnya cuma DFJJ, ataupun nama panjangnya Digital Fhoto Jeritan Jiwa dalam proses pemulihan setelah hampir setahun tidak beroperasi. Pada awalnya, DFJJ di hostkan di www.persetankan.com, tapi atas beberapa masalah teknikal domain itu terpaksa dibiarkan kosong buat sementara waktu. Selain itu DFJJ juga ada projek baru yang bakal diperkenalkan apabila sudah bersedia. Buat sementara ini mungkin kami akan menggunakan kembali buat sementara waktu blogspot lama kami, www.persetankan.blogspot.com.

Selain itu aku juga merancang sesuatu dengan beberapa rakan fhotographer aku, untuk sesuatu projek yang baru. Sudah lama rasanya tak betul-betul mengabdikan diri untuk blog, sedangkan dunia blog ni banyak memainkan peranan dalam hidup aku. Harapan aku semoga aku terus aktif dalam dunia blog ni, semua projek-projek aku berjalan lancar dan semoga semua warga DFJJ yang hilang bersama Persetankan.com itu kembali menyokong kami. :D

Oh ya, untuk pengetahuan semua baru sahaja 2-3 hari ini aku aktif dengan twitter. Hahaha, rasa macam ketinggalan sungguh sebab pada ketika ini aku masih terkial-kial memahami semua ‘tweet’ yang ada. :P Tapi jangan risau, aku kalau berkaitan dengan teknologi terkini ni, aku memang fast learner. :P

7 visitors online now
7 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 04:00 am MYT
This month: 22 at 03-12-2010 01:22 am MYT
This year: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT
All time: 39 at 02-26-2010 11:49 pm MYT