Blog Kumbang-Kumbang Bertenggek Riang
Posts tagged Filem
Review Filem : 127 Hours
Jan 26th
Hey ho, baru terbangun tidur so macam takde kerja lain rasa nk update blog plak. Ok, kali ni nk kongsi dengan kumbang-kumbang semua pasal satu cerita ini yang agak hebat lah. 127 Hours merupakan sebuah filem biografi adventure yang ditulis bersama dan diarahkan oleh Danny Boyle. Filem ini dibintangi James Franco sebagai seorang pemanjat gunung Aron Ralston, yang terperangkap disebabkan sebuah batu besar di Robbers Roost, Utah, selama lebih dari 5 hari pada 2003.
127 Hours ini sebenarnya adalah cerita benar berdasarkan pengalaman Aron Ralston yang hebat dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya setelah sebuah batu besar jatuh dan menghempap tangannya dan memerangkap dia di Canyonlands National Park di Utah. Saksikan filem ini untuk menyaksikan segala usaha yang dilakukan oleh Aron Ralston untuk menyelamatkan dirinya. So check the trailer…
Source : imdb , rottentomatoes ,youtube
Filem Review : Los Dan Faun
Dec 18th


Minggu lepas rasanya, aku dan rakan pergi melihat karya terbaru Afdlin Shauki salah seorang pengarah dan pelakon yang berkaliber iaitu Los Dan Faun.
Kisah berkisar tentang 2 pemuda yang baru sampai di KL dr kampung dalam usaha untuk mencari rezeki halal. Pencarian awal pekerjaan membawa 2 pemuda ini Carlos Rodriguez Gunting (los) dan Ahmad Faun (Faun) berkerja di sebuah kedai pakaian dalam. Los ini seperti romeo, gemar mentekel para perempuan jelitawan manakala si Faun pula seorang yang bijak dan amat detail kerjanya, juga tidak boleh menipu (jujur).
Semuanya bermula apabila tokei kedai pakaian dalam itu kehilangan ‘purse’ dan secara kebetulan Faun berjaya menemuinya semula setelah menganalisis keadaan sekeliling. Terbukti Faun mempunyai kebolehan untuk menganalisis secara teori dan logikal untuk mencari barang yang hilang. Dari ini Los mendapat idea untuk memulakan syarikat cari barang hilang. Populariti Los Dan Faun meningkat setelah menyelesaikan beberapa kes besar negara sehingga mendapat pengiktirafan Polis.
Satu kes iaitu kes kehilangan jam tangan Tuan Sofar yang berharga lebih kurang RM30juta gagal diselesaikan dengan mudah oleh Faun kerana terganggu dengan kejelitaan isteri Tuan Sofar(Erra Fazira). oh ya, ketika ini Tuan Sofar(Afdlin Shauki) sudah meninggal lemah jantung. Berjayakah mereka? sila masuk panggung… support filem melayu yang best camnih
. Gerenti gelak puas hati….

Komen Terkini