
Yeah! Nexus One yang ditunggu-tunggu telah muncul. Kepada sesiapa yang tak tahu mengenai kehadiran telefon bimbit ini, kenalkan Nexus dari Google. Sekian lama Google dan Apple sebelum ini banyak bekerjasama dalam membangunkan aplikasi. Namun setelah beberapa perselisihan pendapat, Google telah keluar dari pakatan ini. Kini Google telah mengembangkan lagi pasaran meraka dari sekadar enjin pencari – www.google.com , kepada pelayar web – Google Chrome , kemudian sistem operasi – ChromeOS dan terbaru ialah telefon bimbit Nexus One.
Nexus One yang dicipta oleh Google ini dikatakan bakal menyaingi telefon bimbit Apple yang terkenal iaitu iPhone berdasarkan beberapa kaji selidik. Nexus One ini menggunakan sistem operasi Android yang mana sebelum ini pernah dipakaiguna oleh HTC. Beberapa web telah membuat perbandingan antara Nexus One dan iPhone dan ternyata Nexus One mampu menyaingi iPhone.
Masalahnya sekarang, adakah Nexus One ini akan sampai di Malaysia??? Siapa yang akan berusaha membawa masuk Nexus One ini ke Malaysia???

Enam jari, EOS 400D.
Semalam dua perkara yang sememangnya berjaya meraih perhatian aku. Kedua-duanya berkaitan gadget-gadget terbaru dan yang lama tapi baru di Malaysia.

Mula-mula, dapat newsletter dari apple, new iPod Shuffle with voiceOver. Makin kecik dan si shuffle ni, makin maju, makin canggih. Dengan remote di earbud memudahkan lagi. Ditambah dengan voiceOver yang bole memberitahu nama lagu dan penyanyi. Sungguh maju.
Kemudian dpt sms dari maxis pula, suruh lawati www.maxis.com.my/iphone wah…maxis sudah berjaya membawa masuk iPhone secara rasmi. Dengyo!!! Seperti dijangka, iPhone 3G bakal dijual di Malaysia melalui maxis sepertimana di negara-negara lain, dengan pakej kontrak bersama maxis. Tapi nampaknya seperti mahal, tapi lagi murah berbanding iPhone 3G yang sedia ada sekarang.
p/s – mampuke aku nak beli iphone???
